Monday, 30 March 2015

Tempahan Handmade Sketchbook...

Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni...untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki...

Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada. 

So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30... 

Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe... manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice...     

Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain...

 Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak??? hehehe

Terima kasih yang sudi beli buku ni...

1 comment:

  1. mcm mna dengan cara pembayaran ? saya b'minat mau beli :)

    ReplyDelete