Sunday 26 April 2015

Quick Sketch di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi...

26 April 2015: Sambil keluar cari makan tetiba teringat pagi ni ada car boot sale dan pertandingan suara burung di sebelah McDonald Bandar Baru Bangi, sempat jugak lah buat simple sketch kat sini...

 Terkurung, Schmincke wc + 300gsm Bockingford wc paper

 Macam kat Kelantan masa kecik2 dulu...sekarang ada lagi ke tak???



Plein air di Tasik Perdana dan singgah di Pameran Legacy, Galeri ASWARA...



Abey Zoul, Maroz Khuzaini, Iffat Haiqal, Azmannor, Hisham Salmin

Minggu ni asalnya xdapat join sesi plein air bersama Gangsta Watakala tapi last minute cancel so boleh la join abam2 hebat GW iaitu Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Iffat Haiqal...

Mengikut perancangan, kami hadir untuk sesi bersama pelajar yang datang melawat ke Pameran Legacy di Galeri ASWARA pada jam 11 pagi.

So kami planning awal pagi nak buat plein air sekitar ASWARA dan sebelum tu sarapan dulu di Gerai Nasi Lemak Tanglin, belakang Masjid Negara. Lepas sarapan kami terus berangkat mencari lokasi yang sesuai untuk melukis iaitu sekitar Tasik Perdana...Agak mencabar jugak view kat sini, huhuhu tp xpelah buat la jugak...

 xpernah tinggal...


 View dari tempat saya melukis...


 Kami berlima sahaja...


 Karya ni dah jadi milik Maroz, kenapa Maroz?? sebab bila rindu nak tengok lukisan ni pegi je rumah Maroz, rumah kami dekat, hahaha...

Lepas sesi plein air kami terus ke ASWARA untuk bersama pelajar MRSM Pontian...hmmm siap kene buat simple demo lg, harap adik2 puas hati...

 Huhh jauh pandangan Hisham...


 Live demo untuk adik2 dari MRSM Pontian...


Kusyuk dorang nih...


 Pandai dorang ni pujuk tuk buat demo, hmm pape pun adik2 ni memang hebat dan banyak soalan yang ditanya, mereka sangat berminat dengan seni...


 Yang ni cenderamata untuk cikgu...



Monday 20 April 2015

Jom sertai Bengkel Cat Air Terbuka oleh Ismail Kadir


Plein Air di Johor Bahru bersama Johor Sketchers dan Urban Sketchers Singapore, 18-19 April 2015

tajuk: Red House, jln Tan Hiok Nee, JB
medium: watercolor
saiz: 38cm x 56cm
Winsor Newton/Daler Rowney wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper


tajuk: Jln Ngee Heng, JB(hadapan The X-ray Specialist Clinic)
medium: watercolor
saiz: 38cm x 56cm
Daler Rowney/Winsor Newton wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper


Akhirnya sampai jugak ke JB dan plein air bersama Johor Sketchers dan Urban Skethers Singapore pada 18-19 April 2015. Terima kasih Hisham Salmin atas pelawaan dan perancangan walaupun pada awalnya teringin bawa seberapa ramai ahli gangsta watakala turun ke JB. Hasrat tidak kesampaian, hanya kami berdua ke sana.

Mungkin ini permulaan yang tidak mematahkan
semangat kami untuk terus berkarya plein air
kerana kami berkarya bukan atas dasar paksaan,
bukan untuk membuktikan sesuatu,
bukan kerana tiada masa untuk keperluan lain,
bukan kerana kami bebas ke mana sahaja,
bukan kerana tiada kerja,
bukan kerana idola atau sifu,
bukan kerana keuntungan,
bukan kerana pengaruh,
bukan kerana sesiapa,
Tetapi kerana kepuasan diri dan silaturrahim,
Itu sahaja…

Perancangan awal kami akan bertolak pada hari Sabtu jam 10 pagi, tetapi oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang kerana grup Johor Sketchers dan Urban Sketchers Singapore akan berplein air pada jam 9 pagi di Jalan Tan Hiok Nee, perancangan itu ditukar pada saat2 akhir dan kami bertolak pada jam 4 pagi. Itu sebenarnya pengorbanan seorang pelukis sejati, chewahhh…

Mudah sebenarnya berkerja bersama Hisham Salmin kerana dia seorang yang sangat menepati waktu walaupun waktu yang dirancang diluar kemampuan dan kebiasaan. Maaf sebab tak dapat pergi dengan kereta saya disebabkan belum service (over mileage), mungkin perancangan akan datang pergi dengan kereta saya pulak.

Kami sampai  ke destinasi jam 8 pagi disambut mesra hero Malaya pelukis hebat Taib Aur dan COE Johor Sketchers Hafizal Nordin. Walaupun 1st time jumpa Hafizal Nordin, fuhhh bukan main mesra lagi mamat tu, hehehe terbaik bro, gurau je…

Lepas sarapan kali ke 2, kami terus dengan sesi plein air. Untuk pengetahuan, plein air kali ni disertai 13 orang pelukis dari 2 negara iaitu Urban Sketchers Singapore Mr. Tony Chua, George Huang, Tan Chit Seng, Andrew Yeo, Johor Sketchers iaitu Hafizal Nordin, Taib Aur, Jaie Ramlee, Neil Shah, Halim, Faiz Zainal dan Ariff Lokman dan kami berdua dari Gangsta Watakala.

Plein air kali ni antara yang paling mencabar selepas Bagan Lalang kerana kami terpaksa berdepan suhu yang agak tinggi dengan angin yang agak lemah, tetapi langsung tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya. Sesi ini tamat pada jam 12 tengahari dan kami terus kepada sesi bertukar pendapat dan pengalaman serta makan2. Thanks Mr. George Huang belanja semua minuman kami…
Jam 2 petang kami bersurai dan check in di Aman Sari Hotel…penat hoihhh, Hisham Salmin terus dengan meeting keluarga, apa lagi rehat la…

Petang tu Taib Aur bawak kami round2 Bandar JB, bersih dan terurus bandar ni tapi nape orang jarang cerita pasal JB ek…asal paling bersih je mesti Melaka, hehehe, sori la pasal kebersihan ni saya perati sikit.

Atas faktor gian pada 19 April, sekali lagi kami berplein air sebelum bertolak balik. Plein air pagi ni lebih santai dan agak ramai audien…memang terbaik…

 Antara yang sampai awal

 View yang akan dilukis

 Panas hoihhh...

 Apakah yang berlaku pada brother ni???aku buntu....

 Bersama Jaie Ramlee (antara founder Johor Sketchers) merupakan illustrator buku Mat Luthfi, fuhhh hebat

 Ini kami...

 Hebat

 Bertukar2 pendapat

 Bersama Mr. Tony Phua...

 Insaf...

 Provokasi, cari gaduh...

 Karya Mr. TA

 Jln Tan Hiok Nee waktu malam, ada pasar karat lagi...

 Plein air kedua di Jln Ngee Heng



 Peminat, hehehe



 Siap...








Tuesday 14 April 2015

Sketching sebelah 1Sentul Kondominium

Lupa pulak nak aktifkan post ni, hehehe kejadian yang berlaku minggu lepas di 1Sentul Kondo semasa nak bantu Abey Zoul packing lukisan yang dibawa ke Paris. Sambil2 tunggu nak cukupkan korum, sempat jugaklah siapkan satu sketch rumah lama bersebelahan 1Sentul Kondo ni...

Cuba bertahan entah sampai bila...

Menarik jugak, rumah yang masih teguh berdiri dicelah2 bangunan pencakar langit. Tak pasti bagaimanakah nasib mereka...

Monday 13 April 2015

Solo Plein air di Pekan Bangi Lama 12 April 2015

Gara2 tak puas berplein air di Seremban, sempat lagi buat solo plein air hari berikutnya di Pekan Bangi Lama. Cabaran buat solo plein air ni ialah mudah bosan dan cepat mengantuk, hehe...

Pekan Bangi Lama merupakan pekan nostalgia buat saya kerana saya pernah sewa rumah di kawasan ni dari tahun 2010-2012 (3 tahun jugak lah) sebelum saya moved to Seksyen 1 Bandar Baru Bangi atas sebab tuan rumah nak guna rumah tu, sedih tu agak sedih jugaklah tapi takpe lah rumah yang saya duduk sekarang pun saya beli dari owner terdahulu...so merasa jugaklah nak ada rumah sendiri kan...

Ok berbalik pada Pekan Bangi Lama ni, semasa saya tinggal di sini, penah terjadi sejarah hitam yang mengubah 30 peratus landskap pekan ni. Kalau tak silap pada tahun 2011 berlaku kebakaran satu deretan kedai lama akibat litar pintas. Keseluruhan lebih 5 buah kedai kawasan tersebut musnah sama sekali...sadis tapi kini bangunan baharu pantas didirikan atas tapak tersebut...Disebabkan kejadian ni, mungkin akan memadamkan sedikit sejarah dan warisan Pekan Bangi Lama yang cuba dipertahankan sekian lama. Bayangkan lah ia berlaku sekelip mata, saya balik keje bangunan kedai ni masih ada, keesokannya nak keluar tetiba dah takde, mesti terasakan lebih2 lagi saya selalu ke hardware apek dan kedai perabot amoi kat situ...

Kejadian ke2 yang tak dapat dilupakan bila banjir kilat melanda kawasan sekitar pekan ni menyebabkan saya sendiri tak dapat akses ke rumah sewa saya...Banjir kilat ni berlaku akhir tahun 2011 mungkin disebabkan masalah perparitan yang tersumbat dan terlalu kecil. Terpaksalah saya hampir satu malam sebelum dibenarkan melintasi kawasan banjir...Cabaran jugalah walaupun rumah sewa saya tak ditenggelami air sebab berada dilereng bukit...Difahamkan kini anak sungai di kawasan tersebut telah diluaskan dan dibina benteng konkrit bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, thumb up to PBT...

Jauh pulak cerita ni, hehehe...So lukisan ni dihasilkan sekurang2nya saya dapat mengimbau kembali kisah lalu ketika berada di sini

Tajuk: Rezeki pagi amoi
Medium: Watercolor
Saiz: 28cm x 38cm
Daler Rowney/Winsor Newton wc + 300gsm Bockingford wc paper
NOT AVAILABLE

Kalau ada yang perasan stail yang saya gunakan atas kertas ni sangat berbeza dengan kertas Saunders Waterford, warna yang disapu pada kertas Bockingford lebih menyerlah walaupun telah kering, kadar serapan kertas ni agak kurang berbanding kertas Saunders Waterford

Mesti korang tertanya2, so yang mana lebih baik??? betul tak?...hehehe sebenarnya kedua2 nya baik dan ianya bergantung kepada teknik yang kita gunakan, sama ada nak gunakan teknik wet on wet, wet on dry atau dry on wet...nak tahu?perlu ada sesi la kan, susah nak cerita dalam ni, hehehe...jangan risau setakat ni sesi tu free je janji korang join plein air dengan saya >_<...

Cuaca yang cukup baik

Sempat jugak buat sketching...

Sunday 12 April 2015

Plein air di Bandar Seremban 11 April 2015...

Terima kasih Cikgu Rudi Hakimi (KMS) dan Cikgu Fahmi (Rembau) yang sudi entertained kami untuk sesi plein air kali ni di tengah Bandar Seremban. Sebelum ni dah beberapa kali ke Seremban tapi bukan urusan seni, so memang tak perasan sangat banyak subjek yang menarik untuk dilukis. Kata Cikgu Fahmi, untuk lihat bangunan lama yang masih dijaga selain Ipoh, Seremban lah tempatnya.

Tanpa perancangan rapi, saya telah mengajak beberapa orang ahli Gangsta Watakala untuk join plein air kali ni. Walaupun tak ramai yang join tapi cukuplah untuk memeriahkan suasana.

Tajuk: Sinar pagi
Medium: watercolor
Saiz: 38cm x 56cm
Daler Rowney/Schmincke wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper

Kami telah bertemu di Hotel Sun Lun Yik berhadapan Pasar Seremban. Dari luar pandangan hotel ni biasa2 saja. Bila saja kami melangkah masuk ke hotel, kami agak terkejut dengan dekorasi yang menarik menggambarkan suasana agak old skool. Rupanya pemilik hotel dan keluarga sangat berminat dengan barang lama dan antik. Kebanyakannya dipamerkan di setiap ruang di hotel ni dan yang paling buatkan kami kagum pemilik hotel ini juga sememangnya peminat karya senilukis pelukis tempatan. Luckily kami dapat tengok karya residence artist mereka iaitu Nicholas Choong, memang menarik. 

Sori gambar amik dari web hotel, menarik tempat ni...sesapa yang nak menginap disini boleh la survey2 dulu di http://www.sunlunyik.com 

 Layan diri, memang sempoi...

 Menarik, sebahagiannya dah ada red dot, sold!!!

 Karya watercolor Nicholas Choong, sebelum ni dapat tengok dalam fb je, nah skang dapat tengok live...

 Antara koleksi barang dan gambar lama dan beberapa painting yang dipamerkan.



 Lokasi plein air...

Time Lapse Video, terima kasih Cikgu Rudi...

 Dari kiri Cikgu Rudi Hakimi, Cikgu Fahmi, Cikgu Haiqal, Saya, Hisham Salmin



 Tuan kedai nak beli, tapi setakat ni NFS, sori ye...

 Sebelum balik sempat bergambar di hotel

Terima kasih bebanyak Cikgu Rudi dan Cikgu Fahmi yang luangkan masa dengan kami, In Shaa Allah next time kami akan ke sini lagi