Monday 30 July 2012

Pikir&Lukis: Pasang Surut... Gabungan antara 2 gambar dan sedi...

Pikir&Lukis: Pasang Surut...

Gabungan antara 2 gambar dan sedi...
: Pasang Surut... Gabungan antara 2 gambar dan sedikit imaginasi dalam menyusun objek untuk menghasilkan satu pemandangan yang sesua...

Pasang Surut...



Gabungan antara 2 gambar dan sedikit imaginasi dalam menyusun objek untuk menghasilkan satu pemandangan yang sesuai dan tidak terlalu sarat. Antara hasil lukisan air yang lain dari lukisan sebelum ni...




Dedikasi : https://www.facebook.com/jue.wan.33

Tuesday 24 July 2012

Tutorial Black Persona

1. Amik air sisa cuci berus, gunakan untuk lapisan pertama. Kaedah ni biasa pelukis guna selain boleh jimatkan cat, hehe. Bagi menampakkan kesan sikit, bancuhkan warna coklat (refleksi tanah pada bumper dan pintu...

2. Lapiskan dengan air cucian berus tadi...

3. Gunakan cat hitam yang dibancuh cair...tinggalkan kosong bagi bahagian yang reflek cahaya...

4. Cat bahagian rim dan tayar.

5. Bancuhkan beberapa tona warna coklat dan cat bahagian tanah.

6. Buat kemasan dengan berus yang halus menggunakan warna putih...

Monday 23 July 2012

Black Persona



Akhirnya termakbul juga hajat untuk jadikan kereta sebagai salah satu bahan dalam lukisan, bereksperimen dengan kereta sebagai objek dalam lukisan bukannya senang sebab kita perlu mahir asas lukisan geometri, hehe...


Harap lukisan ni jadi pendorong untuk saya kekal sebagai seorang pelukis...






Sunday 22 July 2012


Tutorial...

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Satu lagi tutorial ringkas yang sempat diambil untuk dikongsi bersama...

Friday 20 July 2012

P&L: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia... Ini ...

P&L: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia...


Ini ...
: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia... Ini ada antara 50 lukisan air tercantik di dunia, harap-harap lukisan saya setanding l...

Thursday 19 July 2012

Antara 50 lukisan air tercantik di dunia...




Ini ada antara 50 lukisan air tercantik di dunia, harap-harap lukisan saya setanding lukisan meraka, sekiranya tidak saya amat berharap suatu hari nanti saya mampu menghasilkan lukisan air yang terbaik...amin...


 Bouquet in the window

 Clare

 Neko-gato

 1958 Corvette

 Marilyn Schutzky

HollyLL


Semua paparan gambar diambil dari: http://www.smashingmagazine.com/2009/12/09/50-beautiful-watercolor-paintings/


Gunung Kinabalu dalam kenangan...



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Kepulauan Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oceania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.







Terdapat 2 laluan pendakian ke puncak Kinabalu, iaitu melalui Mesilau dan Timpohon. Laluan Mesilau adalah lebih panjang dianggarkan lebih 2 KM berbanding laluan Timpohon. Laluan Mesilau sedikit santai jika dibandingkan dengan laluan Timpohon, tambahan para pendaki dapat menikmati pemandangan gunung yang sangat indah. Terdapat juga air terjun serta jambatan gantung sepanjang laluan ini.

 Laban Rata

 Pemandangan dari ketinggian 3776M@~KM7

 Pemandangan Mesilau Trail




















 Pekan Kundasang

Sayonara Kinabalu...

Thursday 5 July 2012

Wednesday 4 July 2012

Lukisan Pensil...





Baru siapkan satu lukisan pensil yang ditempah, gambar yang sangat menarik...


Tutorial Lukisan Pensil...

Saya sertakan juga tutorial yang sempat dirakam...
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.