Sunday 29 October 2017

Bengkel Cat Air Azmannor, Saujana Impian

Ahad lepas sempat juga berkongsi ilmu di bengkel cat air yang dianjurkan oleh Alumni Kolej Tunku Kursiah. Sebahagian besar peserta tidak mempunyai asas dalam lukisan cat air, tetapi menariknya hasil lukisan mereka agak baik dan mudah faham apa yang dimaksudkan. Cuma pengendalian berus dan kadar calitan warna perlu diberi tumpuan, maklumlah hampir semua peserta teruja bila melihat warna >_<

 Sepanjang bengkel tiada rehat, sedar-sedar jam menunjukkan jam 2.30pm...keterujaan dan sikap ingin belajar terserlah. Kumpulan workshop kendalian saya yang paling best...

 Tak sempat nak bertanya lebih kepada peserta cilik, tapi hasil lukisannya menarik selain mampu capture apa yang saya maksudkan dalam cat air, good luck Dik!!...

Bersama organizer Dr. Norfizah Mohamed Ali

Wednesday 25 October 2017

Lukisan yang tak dapat dikesan selepas niat nak membantu...

Bantu saya untuk mengesan lukisan ini... (Saiz 31cm x 41cm berbingkai seperti di atas)


Bagi saya lukisan ini sangat bermakna dan sebenarnya telah dibooking oleh seorang kolektor. Janji untuk menghantar lukisan ini kepada kolektor terpaksa ditangguhkan kerana tidak dapat dikesan gara-gara orang tengah.

Lukisan ini saya pinjamkan kepada individu yang saya kenal untuk digunakan sebagai kulit buku pendidikan yang akan dihasilkan. Lukisan ini diambil dengan cara yang cukup sopan daripada pejabat saya, tetapi sayang tidak dipulangkan dengan baik sehingga hilang tanpa dikesan. Bila ditanya kepada individu tersebut, katanya lukisan telah dipulangkan kepada staf dipejabat saya. Apabila semakan dilakukan tiada langsung rekod pemulangan (termasuk rekod cctv).

Tiada yang nak bertanggungjawab, so saya perlu cari sendiri atau kita jumpa di Padang Mahsyar nanti.

Bila tak dibantu dikatakan sombong, bila dibantu ini yang saya dapat, maaf jika saya kedekut pinjamkan lukisan lepas ni...

Sesiapa yang ada maklumat tentang lukisan ni boleh hubungi saya, TERIMA KASIH




Persediaan ringkas peralatan untuk aktiviti plein air

Pelukis watercolor memang tak lari dari aktiviti plein air. Selain dapat meningkatkan skill beraksi dilapangan, plein air juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pelukis. Mereka dapat bertukar pendapat dan ilmu, kritikan terhadap lukisan juga dapat diberikan selepas aktiviti plein air dilakukan sedikit sebanyak membantu menambahbaik lagi skill dari semasa ke samasa.

Untuk persediaan plein air, saya seboleh-bolehnya akan bawa peralatan seminima mungkin. Mungkin faktor usia agaknya, tapi sebenarnya peralatan yang minima ini dapat mengurangkan beban lebih-lebih lagi kita perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Peralatan yang minima ini juga membantu kita untuk persediaan pantas dan lebih mudah untuk dikemaskan selepas selesai plein air.

Peralatan yang saya bawa dimasukkan ke dalam satu beg khas yang dibeli di Bangkok pada tahun 2015 dulu. Beg ini jauh berkualiti berbanding beg yang pernah saya beli di sebuah Artshop di Lembah Klang. Beg ini dihasilkan dengan kombinasi kanvas dan kain jenis tahan lasak sangat ringan dengan back support yang cukup selesa, poket meletak peralatan yang optimum penggunaannya. Kalau ke Bangkok jangan lupa beli ya...

Peralatan seterusnya board lukisan. Jika dulu saya guna board yang digunakan oleh pelajar Lukisan Kejuruteraan, kini saya tukarkan kepada softboard yang lebih ringan dan nipis. 

Seterusnya, easel yang saya gunakan juga lebih ringan dan tahan lasak dari jenama Jakar yang agak popular digunakan oleh pelukis watercolor. Yang paling penting dibeli dari supplier tempatan, Wan Bornanuddin. Easel ini sangat mudah dikendalikan dan sememangnya mesra watercolor kerana ia mudah dilaraskan sehingga posisi rata seperti meja.

Melukis tidak sah jika tiada palette beserta warna yang lengkap. Saya hanya gunakan 2 palette untuk lukisan studio atau plein air. Kata orang, jimat itu lebih baik bukan apa kerana sebelum ni saya pernah guna beberapa palette untuk melukis, last-last sampai berkulat warna dalam palette sebab sangat jarang digunakan, hehehe. Jadi adalah lebih baik menggunakan 2 palette sahaja, satu yang besar satu lagi yang poket punya (travel kit).

Tidak lupa berus perlu dibawa bersama. Set berus yang saya gunakan semasa plein air sama juga yang digunakan di dalam studio. Saya agak waras kerana hanya menggunakan berus yang benar2 optimum. Membeli berus bukan kerana kehendak, trend atau mengejar keluaran terbaharu yang agak terhad, tetapi saya akan membeli berus yang dirasakan perlu dan sesuai dengan lukisan yang akan dihasilkan. Semua ini berlaku berdasarkan pengalaman kerana saya pernah membeli 2 berus dengan harga yang agak mahal, tetapi langsung tidak digunakan. Daripada membeli berus yang tidak digunakan lebih baik allocate part yang lebih penting, tambahkan lagi stok kertas lukisan ke, tambah tube warna ke...

Semua ni tak akan bermakna tanpa kertas lukisan, untuk plein air yang hanya bawa maksimum 2 keping kertas lukisan saiz A2 (satu sebagai back up).

Selain itu beberapa peralatan tambahan yang dibawa bersama iaitu spray, bekas air dan masking tape.

Semoga info ini berguna sebagai panduan untuk meminimakan peralatan ketika plein air.


Peralatan yang saya bawa ketika plein air

Tuesday 24 October 2017

Kenangan 3: Penggambaran Jurnal BES semasa Plein Air Jalan Tunku Abdul Rahman

Terima kasih Team Jurnal BES dari RTM yang diketuai oleh Encik Halim Abang Drasyid yang sudi membuat penggambaran semasa kami plein air di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur


Jalan Tunku Abdul Rahman
Watercolor
31cm x 41cm
2017

Jurnal BES


Kenangan 2: BERKAT Charity Exhibition 20-22 Ogos

Kenangan yang tak akan dilupakan apabila ditawarkan untuk berpameran bersama Pelukis Molly Zalani. Terima kasih kepada YM Tengku Normah, promoter saya yang banyak membantu.


Terima kasih YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi yang sudi merasmikan Pameran Amal ini.





Monday 23 October 2017

Kenangan 1: Program Assalamualaikum TV Alhijrah

Mendapat panggilan jemputan daripada Encik Muzammil untuk ditemuramah dalam Program Assalamualaikum terbitan TV Alhijrah. Terima kasih juga kepada rakan saya Puan Nurul Safaniza yang recommend kepada penerbit untuk siarkan hobi seni saya ini.

Terima Kasih!!!







Persediaan peserta untuk bengkel lukisan cat air (watercolor)

Sepanjang mengadakan aktiviti bengkel cat air, saya berdepan dengan beberapa golongan antaranya yang mempunyai pengetahuan dan tiada pengetahuan terhadap penggunaan peralatan cat air, atau yang mempunyai pengetahuan tetapi agak kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk membeli peralatan ini.

Sejujurnya, persediaan peralatan untuk cat air agak tinggi kosnya berbanding lukisan dari medium lain. Sesetengah medium lain, kos yang tinggi hanya pada peralatan atau warna tertentu sahaja, tetapi tidak kepada mereka yang serius untuk mendalami cat air, setiap peralatan yang digunakan memerlukan peruntukan yang agak tinggi berbanding harga lukisan yang agak rendah berbanding lukisan lain (bagi point siap2 supaya tak ada yang kecewa bila lukisan cat air susah nak jual >_< ).

Cat air juga memerlukan skill yang tinggi untuk bersaing dengan pelukis lain. Idea, permainan warna, gaya sapuan berus yang dilakukan serta teknik yang menarik merupakan point utama meletakkan sesuatu lukisan cat air itu dilandasan yang betul dan diterima.


Ok berbalik kepada tajuk utama, saya nak highlightkan tajuk ni sebab sepanjang berbengkel, terlalu ramai peserta yang memandang remeh tentang persediaan awal terutamanya dari segi persediaan peralatan ini. Kesannya sangat besar, malah boleh menyebabkan peserta mudah kecewa dan tidak berminat lagi dengan cat air selepas apa yang mereka lakukan dalam bengkel tidak seperti hasil yang diinginkan. Sebenarnya sudah banyak kali saya pesan untuk persediaan awal tetapi masih ada yang ambil mudah tentang perkara ni. Sudahnya saya tetapkan, untuk peralatan saya akan sediakan tetapi memerlukan tambahan kos untuk membeli peralatan ini.

Antara peralatan terpenting untuk persediaan berbengkel adalah:

1. Warna - Saya syorkan menggunakan jenama cat air Alpha bagi yang pertama kali ingin mencuba cat air. Agak mudah didapati di kedai-kedai buku utama. Kualiti cat yang baik setanding jenama utama cat air seperti Holbein. Tapi kebiasaannya yang saya tengok warna yang dibawa semasa menghadiri bengkel adalah poster color jenama Buncho, ini bukan cat air!!!, janganlah gunakan Buncho jika datang ke bengkel saya. warna dari Buncho adalah legap (opaque) dan tidak sesuai dengan sifat cat air sebenar iaitu transparent.

Image result for alpha watercolor 
Contoh kotak jenama Alpha

Jenama lain yang saya gunakan adalah Daniel Smith, Schmincke, Winsor Newton, dan Holbein. Setiap jenama mempunyai signature color yang berbeza dan sesuai digunakan pada keadaan tertentu. 

2. Kertas - Kertas yang paling asas yang dicadangkan untuk digunakan sewaktu berbengkel adalah dari jenama Bockingford (300gsm). Tetapi ramai juga peserta yang hadir ke bengkel menggunakan kertas dari jenama Campap malah ada yang datang dengan Drawing Block (yang ni memang diharamkan) sahaja. Jenama Campap merupakan jenama paling asas kepada mereka yang berjinak-jinak dengan cat air. Saya jarang syorkan sebab ada yang mempertikaikan kenapa hasil lukisan tidak seperti yang saya tunjukkan, masalah juga kan??? >_<

Image result for watercolor paper
3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan pengilang

Jadi untuk tidak mengundang masalah kepada anda dan saya, eloklah gunakan kertas yang disyorkan. Terdapat 3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan oleh pengilang. Kebiasaannya untuk bengkel, kertas dari tekstur Cold Press sering digunakan kerana lebih sesuai sifat cat air.

3. Berus - Setiap kali bengkel, pemilihan berus yang salah juga menjadi mimpi ngeri tenaga pengajar. Berus yang tidak mesra cat air diharamkan sama sekali digunakan kerana selain menyusahkan, berus ini sebenarnya merosakkan terus aliran air yang spontan pada kertas. Sebagai persediaan awal boleh menggunakan berus dari jenama Syamal yang agak murah tetapi memang dikhaskan untuk kegunaan cat air. Harga boleh didapati dari RM7-50 setiap batang. Berus ini dan jenama lain agak mudah didapati di Balai Seni Negara, Artfriend Garden, Artfriend The Curve, Artfriend Pavillion, The Premier Art Publika, Advanco Taman Melawati dan Weststar Taman Melawati. 

4. Bekas bancuhan warna - Bekas bancuhan warna sangat penting kerana sesetengah bekas yang digunakan tidak mesra car air. Jadi pemilihan bekas ini juga perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar.

5. Spray - Spray digunakan untuk mendapatkan kesan spontan pada lukisan. Sesetengah lukisan, spray digunakan untuk mendapatkan mood yang sesuai.

Spray yang saya gunakan

6. Masking tape - Digunakan untuk melekatkan lukisan pada papan, lekatan ini amat penting bagi memastikan lukisan lebih kemas dan aliran air yang tidak terganggu semasa lukisan beransur kering.

7. Papan lukisan - Lukisan akan dilekatkan di atas papan ini bagi memastikan proses mewarna tidak terganggu selain menjaga teknik yang terhasil secara spontan.

8. Bekas air - Digunakan untuk membuat campuran warna, wash dan membersihkan berus.


Thursday 19 October 2017

Time-lapse oleh Azmannor


Time-lapse oleh Azmannor


Menulis...keterujaan dahulu ditinggalkan tanpa sebab...

Progress 3/4 (Kenduri)
Watercolor
56cm x 76cm
2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau dikirakan jarak masa posting terakhir saya, sangat mustahil untuk saya mulakan balik apa yang saya tinggalkan dulu...rasa kekok nak update balik status di blog ni. Perkara pertama yang saya buat selepas log in ialah menukar nama blog ni dari pikirdanlukis kepada azmannor sebab dalam media sosial (facebook dan instagram) atau aktiviti luar saya lebih dikenali dengan nama Azmannor.

Lebih setahun tak bercerita melalui blog, tentu ada segelintir yang bertanya ke mana saya selama ini. Sebenarnya banyak aktiviti berkaitan cat air saya di update dalam facebook atau instagram. Melalui saluran ini perkongsian lebih pantas dan mudah. Tetapi sebenarnya saya lupa, secara tidak langsung bahagian terpenting iaitu bercerita mengenai rasa tidak ada dalam facebook mahupun instagram. Saya tidak bebas untuk bercerita apatah lagi meluahkan apa yang terbuku dihati mengenai dunia cat air yang penuh mencabar ini. Menjadi seorang pelukis yang diperhatikan hasil karyanya pasti membuatkan saya sedikit terganggu dan tidak dapat fokus seperti dahulu.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memulakan balik apa yang telah saya tinggalkan dahulu, menulis, menulis dan terus menulis...sekurang-kurangnya penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Jom sertai Bengkel Cat Air Azmannor pada 28 Oktober 2017

Bengkel Cat Air bersama Azmannor