Sejujurnya, persediaan peralatan untuk cat air agak tinggi kosnya berbanding lukisan dari medium lain. Sesetengah medium lain, kos yang tinggi hanya pada peralatan atau warna tertentu sahaja, tetapi tidak kepada mereka yang serius untuk mendalami cat air, setiap peralatan yang digunakan memerlukan peruntukan yang agak tinggi berbanding harga lukisan yang agak rendah berbanding lukisan lain (bagi point siap2 supaya tak ada yang kecewa bila lukisan cat air susah nak jual >_< ).
Cat air juga memerlukan skill yang tinggi untuk bersaing dengan pelukis lain. Idea, permainan warna, gaya sapuan berus yang dilakukan serta teknik yang menarik merupakan point utama meletakkan sesuatu lukisan cat air itu dilandasan yang betul dan diterima.
Ok berbalik kepada tajuk utama, saya nak highlightkan tajuk ni sebab sepanjang berbengkel, terlalu ramai peserta yang memandang remeh tentang persediaan awal terutamanya dari segi persediaan peralatan ini. Kesannya sangat besar, malah boleh menyebabkan peserta mudah kecewa dan tidak berminat lagi dengan cat air selepas apa yang mereka lakukan dalam bengkel tidak seperti hasil yang diinginkan. Sebenarnya sudah banyak kali saya pesan untuk persediaan awal tetapi masih ada yang ambil mudah tentang perkara ni. Sudahnya saya tetapkan, untuk peralatan saya akan sediakan tetapi memerlukan tambahan kos untuk membeli peralatan ini.
Antara peralatan terpenting untuk persediaan berbengkel adalah:
1. Warna - Saya syorkan menggunakan jenama cat air Alpha bagi yang pertama kali ingin mencuba cat air. Agak mudah didapati di kedai-kedai buku utama. Kualiti cat yang baik setanding jenama utama cat air seperti Holbein. Tapi kebiasaannya yang saya tengok warna yang dibawa semasa menghadiri bengkel adalah poster color jenama Buncho, ini bukan cat air!!!, janganlah gunakan Buncho jika datang ke bengkel saya. warna dari Buncho adalah legap (opaque) dan tidak sesuai dengan sifat cat air sebenar iaitu transparent.
Contoh kotak jenama Alpha
Jenama lain yang saya gunakan adalah Daniel Smith, Schmincke, Winsor Newton, dan Holbein. Setiap jenama mempunyai signature color yang berbeza dan sesuai digunakan pada keadaan tertentu.
2. Kertas - Kertas yang paling asas yang dicadangkan untuk digunakan sewaktu berbengkel adalah dari jenama Bockingford (300gsm). Tetapi ramai juga peserta yang hadir ke bengkel menggunakan kertas dari jenama Campap malah ada yang datang dengan Drawing Block (yang ni memang diharamkan) sahaja. Jenama Campap merupakan jenama paling asas kepada mereka yang berjinak-jinak dengan cat air. Saya jarang syorkan sebab ada yang mempertikaikan kenapa hasil lukisan tidak seperti yang saya tunjukkan, masalah juga kan??? >_<
3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan pengilang
Jadi untuk tidak mengundang masalah kepada anda dan saya, eloklah gunakan kertas yang disyorkan. Terdapat 3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan oleh pengilang. Kebiasaannya untuk bengkel, kertas dari tekstur Cold Press sering digunakan kerana lebih sesuai sifat cat air.
3. Berus - Setiap kali bengkel, pemilihan berus yang salah juga menjadi mimpi ngeri tenaga pengajar. Berus yang tidak mesra cat air diharamkan sama sekali digunakan kerana selain menyusahkan, berus ini sebenarnya merosakkan terus aliran air yang spontan pada kertas. Sebagai persediaan awal boleh menggunakan berus dari jenama Syamal yang agak murah tetapi memang dikhaskan untuk kegunaan cat air. Harga boleh didapati dari RM7-50 setiap batang. Berus ini dan jenama lain agak mudah didapati di Balai Seni Negara, Artfriend Garden, Artfriend The Curve, Artfriend Pavillion, The Premier Art Publika, Advanco Taman Melawati dan Weststar Taman Melawati.
4. Bekas bancuhan warna - Bekas bancuhan warna sangat penting kerana sesetengah bekas yang digunakan tidak mesra car air. Jadi pemilihan bekas ini juga perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar.
5. Spray - Spray digunakan untuk mendapatkan kesan spontan pada lukisan. Sesetengah lukisan, spray digunakan untuk mendapatkan mood yang sesuai.
Spray yang saya gunakan
6. Masking tape - Digunakan untuk melekatkan lukisan pada papan, lekatan ini amat penting bagi memastikan lukisan lebih kemas dan aliran air yang tidak terganggu semasa lukisan beransur kering.
7. Papan lukisan - Lukisan akan dilekatkan di atas papan ini bagi memastikan proses mewarna tidak terganggu selain menjaga teknik yang terhasil secara spontan.
8. Bekas air - Digunakan untuk membuat campuran warna, wash dan membersihkan berus.
Tqvm brother for a detail...gudluck for the workshop
ReplyDelete