Tuesday 10 November 2015

Sekitar plein air di Kg. Jenderam Hilir sempena Deepavali, 10 Nov 2015

Last minute planning dengan Hisham Salmin untuk berplein air di sekita Bangi-Kajang. Kami hanya memutuskan untuk plein air di Kg. Jenderam Hilir selepas bersarapan pagi, harap tiada yang kecewa kerana tidak dapat sertai kami. Thanks jugak pada Farid dari Bukit Mahkota yang sudi join kami, meriah la sikit.

Sesi plein air kali ini agak lain sikit, tempat yang menarik pilihan Hisham Salmin tapi sedikit cabaran buat saya (kurang pengalaman lukis pemandangan macam ni, hehehe). Tapi momen yang paling best adalah ke'sporting'an tuan tanah yang bukan hanya membenarkan kami bersiaran di sekitar tanahnya tapi telah menjamu kami dengan cucur bilis, tapai dan teh O panas, terharu pun ada, terima kasih banyak2 hanya Allah saja mampu membalasnya :-).

 Hasil plein air kali ini...

Saya, Hisham Salmin dan Farid

 Mak Lijah sedang menggembur tanah, bercucuk tanam agaknya...

 Hisham mencari angle yang sesuai...

 Dapat sekor ayam...

Sebelum memulakan sesi, bergambar poyo tu penting >_<



 Done!!!

 Hisham berkongsi sesuatu dengan Farid untuk mendapat komposisi dan angle yang baik...

 Hisham lupa nak bawa pelekat easel, tapi Mak Lijah bagi satu table lg, hehehe


INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor





Sunday 8 November 2015

Jom ke Pameran Kitakita, 27 Nov - 4 Dis 2015, Primula Beach Resort, Terengganu

Inshaa Allah jika tiada aral melintang saya akan berada di sana pada 28 November untuk melakukan demo cat air kepada rakan2 pelukis dan tetamu yang datang. Dijemput kepada semua untuk sama2 memeriahkan lagi aktiviti dan acara yang akan berlangsung.

Terima kasih PeTer yang sudi menjemput saya :-) 


Sekitar Bengkel Cat Air Azmannor/Hisham Salmin, 7 November 2015, DECTAR, UKM

Alhamdulillah selesai sudah bengkel ke 2 saya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel kali ini dikendalikan oleh saya dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing2 tanpa terlalu bergantung kepada stail pelukis ternama yang lain. Kami bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh saya sendiri di sesi terakhir.

Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan. Pada mulanya kami cuba hadkan peserta kepada max 10 orang sahaja, tak sangka ada lebih permintaan dan kami memutuskan untuk serapkan juga 5 peserta ini. Antara peserta yang menyertai bengkel ini ialah Cikgu Noraliza Mohamad (Melaka), Cikgu Kuntom Salleh (Melaka), Rasidi Abdul Rahman (Pahang), Eme Arizal Mahidin (Shah Alam), Elisya Munirah (Shah Alam), Mohd Tajuddin Abdullah (UKM), Razlan Mat (Sg. Buloh), Ahmad Farid Mustaffa (Bukit Mahkota), Engku Iskandar (Kajang), Yen Peng Sim (Puchong), Crystal Lee (Sarawak), Ahmad Affzan Abdullah (Kajang), Wan Borhanuddin (KL), Ridzuan Nuruddin (Subang) dan Mohd Azwan (Kajang), Amin Daud (Bandar Baru Bangi).

Inshaa Allah dalam masa terdekat saya akan membuat demo cat air di beberapa tempat, terima kasih in advance kepada yang menjemput :-)


Peserta bergambar bersama Abang Zul dari Pusat Kebudayaan UKM yang banyak membantu memudahkan urusan dan menguruskan logistik kami. Terima kasih Abg Zul

Hasil demo cat air selama satu jam setengah

Tajuk: Kundasang
Medium: Cat air
Saiz: 28cm x 38cm
Tahun: 2015

Tajuddin ceria bersama Abg Wan Borhanuddin (tokey WanB Art Supply)

Hikmat tangan kiri Razlan...

Berkongsi sesuatu...

Peserta paling muda...

Tekun beraksi...

Sharing is caring

Orang hebat animation ni, Amin Daud...

Demo...

Kusyuk...

Photographer yang ingin mencuba sesuatu yang baru, katanya...

Rambut stail tentera ni nampak garang sikit la, nak tegur pun takut...

Demo cara mudah kepada peserta...

Crystal Lee beraksi...

Mr. Yen yang sporting...

Abg Sidi punya hasil tangan memang menarik...



Encik Eme ralit beraksi...







Terima kasih Cikgu Noraliza & Cikgu Kuntom

Terima kasih Encik Eme dan anak, Elisya Munirah

Terima kasih Engku Iskandar

Terima kasih Mr. Yen

Terima kasih Abg Sidi

Terima kasih Tajuddin

Terima kasih Affzan

Terima kasih Amin

Terima kasih WanD

 Terima kasih Cikgu Azwan

 Terima kasih Abg WanB

Terima kasih Lan

Terima kasih Farid


 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

Thursday 29 October 2015

Naib Juara Pertandingan Plein Air Tanjung Malim, 24 Oktober 2015

Alhamdulillah syukur, itu sahaja yang mampu diungkapkan setelah diumumkan memenangi tempat ke-2 Pertandingan Plein Air Tanjung Malim. Dengan kehadiran dan penyertaan seramai 57 orang peserta bukanlah sesuatu yang boleh dijangka untuk memenangi pertandingan ini, tapi saya hanya bertekad untuk memeriahkan lagi acara plein air anjuran UPSI dan Perupa ini. Acara yang sangat baik sebagai platform untuk pelukis tanah air berkumpul, berkenalan, berkongsi idea dan mengeratkan silaturrahim. 

FAKTA: Pertandingan Plein Air @ Tanjung Malim ESE ART / 1MCAT:

Tarikh                : 24 Okt 2015 / Sabtu
Masa                 : 9am-3pm
Lokasi melukis  : Pekan Tanjung Malim atau dalam UPSI
Peserta             : 57 orang
Anjuran             : Sekretariat ESE ART UPSI
Tajaan hadiah   : Perupa MY- 1MCAT
Kerjasama         : APS,PPP, MDTM
Juri:      1)Prof Dr Tjejep - ITB Bandung, Indonesia
             2)Prof Dr Halim Husain- UPSI
             3) Aris Aziz - Pengerusi PeRUPA.
Pemenang:
            1) Abey Zoul
            2) Azman Nor
            3) Ismail Alias
Saguhati:
           1) Mazuki Muhammad
           2) Khairul Anam,
           3) Adzran Omar
Penyampaian hadiah:
Prof Dr Halim, Pengarah Perhubungan Alumni UPSI
Motif acara:
1) Merakyatkan seni
2) Mencungkil dan memantap bakat seni lukis dalam kalangan komuniti pelukis.
3 )Merakam pekan Tanjung Malim melalui medium seni lukis.
4 )Pembangunan Seni Lukis negara.

Rujukan: FB Encik Raduan Noruddin


Idea pertama untuk melakar bangunan UPSI...

Laju je auntie ni kayuh...

Pekan Tg. Malim

Hasil Karya saya...

Bersama Prof Dr Tjejep - ITB Bandung, Indonesia

Bersama Juara, Abey Zoul...

Another sketching...A4 size

 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor