Sunday 18 May 2014

Majlis perasmian Magnificent 7 Art Exhibition

Majlis perasmian Magnificent 7 Art Exhibition


Rasa tak terlambat nak postkan gambar masa opening pameran ni. Opening yang simple lebih fokuskan kepada lukisan yang papar hasil karya terbaik 7 orang pelukis dari semenanjung. Antara pelukis yang merupakan rakan facebook saya ialah presiden Penang Watercolour Society, Mr. Khoo Cheang Jin, Mr. Goh Siao Shan dan Mr. Lok Kerk Hwang. Semua lukisan yang dipamerkan mempunyai tarikan tersendiri...


















Wednesday 14 May 2014

Majlis Perasmian: A.B. Hubback, An Architectural Celebration in Malaya

Majlis Perasmian: A.B. Hubback, An Architectural Celebration in Malaya



Rupa-rupanya kebanyakan bangunan yang berdiri megah di Malaya lebih 100 tahun yang lepas dibina oleh orang yang sama, beliau merupakan Arkitek A.B. Hubback. Hari ni kami mewakili KL Sketchers telah diberi peluang untuk menghasilkan dan mempamerkan lukisan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh Arkitek A.B. Hubback dan 15 Mei 2014 merupakan hari perasmian yang dihadiri cucu A.B. Hubback iaitu Dr. Peter Harbor. 


KL Sketchers bersama cucu A.B. Hubback, Dr. Peter Harbor



Lukisan saya yang terjual


 Majlis perasmian

























Tuesday 13 May 2014

Selepas menggantung frame...

Selepas menggantung frame...



A.B.Hubback@harap esok berjalan dengan baik ^_^





Yang datang sesi ke2 menggantung frame di Muzium Tekstil Negara



Wednesday 7 May 2014

Mencari ilmu di bumi Kelantan...

Mencari ilmu di bumi Kelantan...


Masa yang terlalu singkat di Kelantan diisi sebaik mungkin untuk berjumpa 2 orang pelukis terhebat iaitu Cikgu Mokhtar Ishak dan Tuan Mazuki Mohamad. Perbincangan dan ilmu yang dikongsi pasti disemat sekemas-kemasnya untuk bekalan masa hadapan. 

Mokhtar Ishak atau panggilan mesra Cikgu Ta merupakan nama yang tidak asing lagi sebagai seorang pelukis cat air yang terbaik melalui hasil karyanya yang kebanyakan menggambarkan suasana perkampungan dan pinggir pantai. Hasil karya beliau sentiasa menjadi perhatian kolektor persendirian dan galeri sekitar ibu negara. Suasana studio mininya menggambarkan keseriusan beliau dalam berkarya selama hampir 60 tahun.

Mazuki Mohamad sememangnya pelukis terhebat dengan hasil karyanya yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Karya yang dianggap kontemporari memberi peluang kepada kita untuk menikmati suasana kampung dan pantai yang sentiasa segar dan mendamaikan. Terkenal sebagai seorang pelukis yang meminimakan jumlah warna yang digunakan tanpa menidakkan tarikan pada karya yang dihasilkan. 

 Cikgu Ta tertarik dengan coptic sketchbook saya. Katanya ini yang dia tidak ada...




Tuan Mazuki menunjukkan beberapa hasil karyanya dan beberapa pelukis terhebat tanahair yang tidak dijual



Karya saya (framed) untuk Cikgu Ta dan 3 lukisan Cikgu Ta yang saya beli



Hero saya peminat cilik no.1 Tn. Mazuki


 Karya terhebat Khalil Ibrahim (kanan)


 Sebagai timbalbalik lukisan yang saya hadiahkan, Cikgu Ta berbesar hati menghadiahkan saya satu lagi lukisan (kanan).


Tuesday 6 May 2014

A.B.Hubback, An Architectural Celebration in Malaya


A.B.Hubback, An Architectural Celebration in Malaya 


5 karya saya dipamerkan di sini, moga dipermudahkan
A.B.Hubback, An Architectural Celebration in Malaya 
Official opening on 15th May 2014, 10.00 a.m
Venue: National Textile Museum




Watercolor: Penjaja Kg. Baru


Watercolor: Penjaja Kg. Baru



Gaya impressionist dicurahkan pada lukisan bertajuk Penjaja Kg. Baru. Lukisan yang dihasilkan berdasarkan gabungan 2 gambar yang berbeza untuk menghasilkan suasana yang lebih hidup.








 Penjaja Kg. Baru
Saiz A3

Monday 5 May 2014

Mula mengumpul postcard buatan sendiri

Mula mengumpul postcard buatan sendiri


Sebagai penghias studio dan mungkin buah tangan mampu milik sekiranya pengunjung studio saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong. 

Kejernihan air di muara Pantai Marang sememangnya menarik perhatian pengunjung yang datang. Istimewanya tempat ini dikalangan penggemar fotografi dan lukisan ialah deretan bot-bot kecil yang menghiasi pantai menggambarkan aktiviti nelayan kecil yang gigih mencari rezeki demi sesuap nasi.

Pantai Marang I
Saiz A5
Sold









Sunday 4 May 2014

Watercolor: Bunga

Watercolor: Bunga


Antara subjek yang agak risau untuk disiapkan kerana memerlukan ketelitian dalam menghasilkan campuran warna agar tidak lari dari gambar asal. Berdasarkan saiz yang ditempah, masa yang diambil untuk disiapkan tidaklah terlalu lama...








Bunga
Saiz A3
Sold

Apabila karya saya benar-benar dihargai

Apabila karya saya benar-benar dihargai


Saya dijemput untuk melihat koleksi Encik Salahuddin dikediamannya semasa menghantar satu lukisan yang ditempah. Menariknya gambaran pertama saya pada dinding yang digantung dengan lukisan yang dibeli daripada beberapa pelukis tanahair, saya telah membayangkan setiap sudut itu merupakan sudut khas seseorang pelukis, menarik bukan...


Beberapa lukisan saya yang akan menghiasi pelamin perkahwinan anak Encik Salahuddin


Antara lukisan saya yang digantung





Masih dalam proses untuk menghias pelamin