Wednesday 15 November 2017

Tuesday 14 November 2017

Semoga selamat sampai ke destinasi

Kali pertama menyertai Watercolor Festival anjuran IWS UAE, semoga lukisan ini selamat sampai ke destinasinya.

𛲡𛲡



Monday 13 November 2017

Sunday 12 November 2017

Kenangan 4: Plein air Tasik Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia




ArtPod oleh Balai Seni Negara & EuGrow Holdings


Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara yang menjemput Gangsta Watakala ke booth pameran dan jualan yang di adakan pada 11-12 November 2017 bertempat di Sunway Putra Mall. Pelbagai booth disediakan antaranya lukisan, kraftangan, sculpture, pakaian, khat dan sebagainya. 

Tidak ketinggalan, aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran UNEH, Raja Pensil Warna yang sama-sama berbengkel di sana.

Saya sempat hadir hari pertama sahaja, hari kedua ada kerja yang tak dapat dielakkan.

Hasil demo selama hampir 2 jam, Tanjung Malim, 31cm x 41cm

Booth Gangsta Watakala

Ahli GW yang hadir Aly Marzuki, Fadzli Zakaria, Aziezan Ahmad, Azmannor

Saudara Azmi Sulong juga datang memberikan sokongan

Tahniah Abey Zoul, original printing dan fridge magnet banyak terjual, TERBAIK!!!

Tahniah Aziezan Ahmad, 3 keping lukisan original terjual

Semoga Gangsta Watakala terus maju dan berjaya.


Result Announcement of IWS UAE International Watercolor Festival

Alhamdulillah dapat juga participate dalam aktiviti IWS. Saya join sebagai individu untuk menimba pengalaman walaupun Malaysia juga ada IWS Malaysia yang diketuai oleh Jansen Chow. Mungkin next time saya akan join melalui IWS Malaysia. ^_^

Selepas melepasi penjurian peserta dikehendaki membuat bayaran yuran sebanyak USD80 (MYR350+) kepada pihak penganjur dan perlu menghantar lukisan sebelum atau pada 30 November 2017.




Thursday 9 November 2017

Pelarian

Lukisan terbaharu yang dihasilkan dari studio. Gambar asal diambil semasa saya ke Vietnam untuk Program LakarSapa anjuran Galeri Shah Alam. Untuk dipindahkan ke atas kanvas, saya dah edit sikit part mood, color, composition dan paling ketara ialah karung guni telah ditukarkan kepada kain batik!!

Pelarian (Refugee)
Watercolor
56cm x 76cm
Available


Pelarian merupakan perkataan yang agak popular diseluruh dunia terutama yang masih bergelut dengan kerajaan pemerintah Myanmar, Pelarian Rohingya. Lukisan ini sebenarnya tiada kaitan dengan Pelarian Rohingya tetapi saya nak ceritakan kehidupan pelarian dahulu yang sangat rajin demi mendapatkan sesuap nasi. Mereka melakukan pelbagai kerja dan yang paling saya ingat mereka antara golongan yang popular berniaga kain dari rumah ke rumah. Kebanyakan pelarian waktu itu adalah dari Kemboja. Berkat kesungguhan, kini mereka mampu tersenyum dengan hasil usaha mereka.

Plein air Semenyih

Selain melukis studio, saya selalu juga ber'plein air' secara individu atau bersama rakan-rakan. Plein air bermaksud lakar langsung pada subjek terutama pemandangan. Plein air asalnya dilakukan kumpulan pelukis dari Eropah yang mendapat satu idea bagaimana untuk berkumpul dan berkarya sesama mereka. Mereka juga dapat mengkritik karya secara langsung hasil 2-4 jam lukisan  yang dihasilkan.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, walaupun cuaca agak panas tidak menghalang pelukis untuk berkumpul sesama mereka dan merakamkan subjek menarik diatas kanvas. Antara kumpulan yang aktif ber'plein air adalah KL Sketchnation, Urban Sketchers Malaysia, KL Sketchwalk dan kumpulan yang saya sertai sendiri iaitu Gangsta Watakala.

Pekan Semenyih
Watercolor
31cm x 41cm
Available

Lukisan ini dihasilkan dalam tempoh yang agak singkat iaitu 1 jam 45 minit. Subjek utama adalah Pekan Semenyih. Pekan yang agak rancak, beberapa kali saya singgah ke pekan ni tapi tak perasan sangat ada juga deretan bangunan lama yang sangat menarik.









Wednesday 8 November 2017

Membantu Pelajar UPSI siapkan kerja kursus...

Terima kasih Tuan Haji Hassan Ghazali, pensyarah dari UPSI yang sudi menamakan saya untuk kajian senilukis pelajarnya. 2 orang pelajar iaitu Fareez Haiqal dan Zul Akmal Ramdzan ditugaskan untuk membuat sedikit kajian tentang lukisan saya.




Lukisan yang terjual di The Artsfest, Bale Club, Leisure Farm

Alhamdulillah, dengan kesibukan kerja di pejabat, saya mendapat perkhabaran yang positif. 2 dari 4 lukisan saya yang dipamerkan terjual ketika pameran. Terima kasih kepada pihak penganjur dan juga Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Saya tak banyak membantu kerana kekangan masa, diharap pameran akan datang dapat bagi komitmen yang penuh.



Sunday 5 November 2017

Kenapa PROGRESS 3/4???

Kali ni saya nak berkongsi antara lukisan yang paling saya suka, melihat kepada tajuk pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik tajuk. Tidak kurang juga yang mempertikaikan kenduri tetapi kenapa tak ramai orang? kenapa ada wayar letrik, spoil la katanya. Tetapi true collector never ask with out brain, jika mereka tak tanya saya pun mereka dah boleh buat andaian yang sangat baik sebagai seorang yang berilmu.

Ok saya jelaskan dulu kenapa tajuknya Progress 3/4... tajuk ini dipilih sesuai dengan suasana ketika saya menghasilkan lukisan ni, progress 3/4 memberi maksud proses memasak sudah memasuki fasa akhir. Segala bahan telah dimasukkan ke dalam kawah dan nasi juga telah ditanak dan hampir siap untuk dihidang. Pada waktu ini masing-masing telah kepenatan dan hanya menunggu segalanya dihidangkan. Kebiasaannya hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan memantau lauk di dalam kawah dan menjaga api, dan fasa siap pastinya dikerumuni mereka yang telah penat dan lapar untuk menikmati yang masih panas... 

Di kampung-kampung suasana ini masih lagi boleh dilihat, gotong-royong membuat lauk untuk kenduri masih diamalkan dan menjadi tradisi yang mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran dan sanak saudara.

Seterusnya tentang wayar letrik yang dikatakan mengganggu pandangan. Sebenarnya wayar letrik itu adalah rantaian pandangan kita untuk menghayati lukisan ini agar subjek rumah dan aktiviti tidak terlalu terpisah sebagai satu cerita.

Progress 3/4
Watercolor
56cm x 76cm


Thursday 2 November 2017

Sunrise: Seremban & Kota Bharu

Kebiasaannya aktiviti plein air berlangsung antara jam 8-10 pagi, dan bagi saya untuk tidak melengahkan masa saya akan keluar rumah seawal selepas Subuh bagi memastikan saya sampai tepat pada masanya atau lebih awal. Jadi sepanjang perjalanan awal pagi saya akan dapat pemandangan bonus yang jarang di'capture' oleh pelukis. Pemandangan ini saya tukarkan menjadi lukisan... dan inilah hasilnya...

Sunrise: Seremban
Watercolor
31cm x 41cm
Private Collection

Sunrise: Kota Bharu
Watercolor
31cm x 41cm
Private Collection

Tempahan dari Kementerian Pengajian Tinggi, KPT: Soaring Upwards

Menyerahkan lukisan kepada Prof. Madya Dato' Dr. Hafiz Yusof, Pegawai Khas Menteri KPT


Honda Fame yang lejen...

Sewaktu kecil, selalu membonceng motosikal ni bersama dengan ibu saudara. Nostalgia yang tak dapat dilupakan.

Honda Fame
Watercolor
31cm x 41cm
2017

Lakaran dari Sketchbook (Quick Sketching)


Pekan Semenyih

Kota Lama Duyong

Sangkar Burung

Bengkel Cat Air

Bukit Bintang