Kali ni saya nak berkongsi antara lukisan yang paling saya suka, melihat kepada tajuk pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik tajuk. Tidak kurang juga yang mempertikaikan kenduri tetapi kenapa tak ramai orang? kenapa ada wayar letrik, spoil la katanya. Tetapi true collector never ask with out brain, jika mereka tak tanya saya pun mereka dah boleh buat andaian yang sangat baik sebagai seorang yang berilmu.
Ok saya jelaskan dulu kenapa tajuknya Progress 3/4... tajuk ini dipilih sesuai dengan suasana ketika saya menghasilkan lukisan ni, progress 3/4 memberi maksud proses memasak sudah memasuki fasa akhir. Segala bahan telah dimasukkan ke dalam kawah dan nasi juga telah ditanak dan hampir siap untuk dihidang. Pada waktu ini masing-masing telah kepenatan dan hanya menunggu segalanya dihidangkan. Kebiasaannya hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan memantau lauk di dalam kawah dan menjaga api, dan fasa siap pastinya dikerumuni mereka yang telah penat dan lapar untuk menikmati yang masih panas...
Di kampung-kampung suasana ini masih lagi boleh dilihat, gotong-royong membuat lauk untuk kenduri masih diamalkan dan menjadi tradisi yang mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran dan sanak saudara.
Seterusnya tentang wayar letrik yang dikatakan mengganggu pandangan. Sebenarnya wayar letrik itu adalah rantaian pandangan kita untuk menghayati lukisan ini agar subjek rumah dan aktiviti tidak terlalu terpisah sebagai satu cerita.
Progress 3/4
Watercolor
56cm x 76cm
No comments:
Post a Comment