Wednesday 25 February 2015

Travel set Schmincke Horadam Aquarell yang cute...

Lama dah dok perati watercolor travel set yang sangat cute dan mantap ni, akhirnya dapat jugak beli, hehehe. Bila sembang dengan Abey Zoul baru tahu hanya satu set ni sahaja yang dijual oleh BSVN (mungkin BSVN nak tengok laku ke tak...tp yang saya pasti set ni agak lama jgk terperap di Artshop BSVN, masalah utama mungkin harga kot). 

Bagi saya walaupun harga agak mahal tapi berbaloi jika dikira dengan 8 warna  serta metal box yang berikan. 

Antara warna yang ada

Set ni siap water container, senang dibawa ke mana2

Saiz memang sangat kecil dan menjimatkan ruang

Tuesday 24 February 2015

Conteng-conteng di Bangi Kopitiam...

Lepas kerja terasa nak makan mee udang, terfikir Bangi Kopitiam harap2 petang ni ada la...

Bila order tak de stok kuah pulak, terpaksa change to another menu yang hampir sama, kuey teow udang, sipi2 pun ok la. Lepas je melantak terus terfikir nak sketch kebetulan ada bawak travel set n sketchbook baru. hmmm hasilnya ok la not bad, nak buat lebih2 pun duk dalam kopitiam berkipas ni pun berpeluh jugak according to fenomena yang berlaku sekarang ni.

Tajuk: Si baju merah
Saiz: A5
Schmincke wc + 190gsm bockingford wc paper

 10 min sketch selepas melantak >_<

 Ok la its so so...






Monday 23 February 2015

Hero cilik beraksi...

Bila tengok hero saya menunjukkan tanda2 minat pada lukisan sy jadi sedikit optimis yang dia mampu buat lebih baik dari ayahnya. Bila tengok ayahnya tengah melukis mulalah keluar perkataan "NAK NAK...". Bila bagi pensil dan kertas dia tak puas hati sebab tengok ayahnya pakai berus dan watercolor...nak jugak guna berus. hmmm terpaksalah ikut kehendak kalo tak memang mengamuklah...

Dah bagi berus dan kertas pun tak cukup lagi sebab dia tengok ayahnya 'mengaler' guna air. hehehe macam2. Izz Zaheen ni agak cepat tangkap apa yang orang lain buat especially dia mudah tiru apa yang ibu n ayah buat. 

Dia akan perhati betul2 apa yang ayah ibu buat, hmm lepas tu siaplah. 

Yang paling tak dapat dilupakan bila saya berbincang sesuatu dengan isteri (dalam kereta), biasalah isteri sy akan membahasakan saya 'Abang'...apa lagi bila dengar perkataan tu, xlekang la diulangnya dengan muka sinis, hehehe

Saya guna berus RM4.90, tapi Izz Zaheen guna berus mahal, hehehe yang penting biar jadi yang terbaik...





Ayah amik color satu pan je, Izz Zaheen sapu satu pallete...

Perhati betul2, wajib ada bekas air kat sebelah kertas Izz Zaheen. Nasib baik dia tak tau ayah bawa balik satu travel pallete dalam simpanan, kalo tak memang dia tak mau share, hehehe

Sketchbook...

Sketchbook sangat penting dalam kehidupan saya, saya sangat kurang bermain dengan handphone atau berwassap bagai tapi saya sangat obses dengan sketching

Bermula dengan teruja bila tengok koleksi sketchbook Taib Aur TA semasa hantar karya untuk Art Sale di BSVN. Yang bestnya, TA bagitau sketchbook dia memang buat sendiri, lagi jimat dan kita akan lebih hargai...emmm ada kebenarannya...

Bermula dengan idea TA ni lah saya start google cara pembuatan sketchbook ni. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Dari situ la saya terus serius dengan sketching ni sampai sekarang...


 11 sketchbooks dalam masa setahun, 4 dah complete, hehehe

Handmade sketchbook

Sunday 22 February 2015

Complete satu lagi sketchbook...

Completed dalam cuti Tahun Baru Cina last week. Satu cabaran bila melukis dalam suasana yang sangat berbeza dari kebiasaan. Melukis dengan penuh keterujaan, ditemani isteri, anak dan keluarga merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kebanyakan orang kampung tak terbiasa tengok orang buat live sketching, ada yang teruja ada yang buat muka pelik..."pe benda ntah budak ni buat???"hehehe...Apa pun dapat juga penuhkan sketchbook ni dalam masa seminggu di kampung...

Sebelum ni dah upload di FB, tu pun setakat yang dah siaplah...nak post lebih2, faham2 jela line internet kt sana, hehehe


Sambil menunggu Q beli sate di Pekan Jerteh

Kenduri anak colleague isteri

Motosikal peninggalan Arwah Atok Che Muda

Arked Sg. Tong Setiu

Kenduri rumah nenek sedara

Belanja birthday adik bongsu

Kenduri kawin

Mainan anak sedara

Sebelum nak ditebang

Barang Izz Zaheen sebelum balik Kuala Berang

Boot Izz Zaheen

Teman Izz Zaheen di Taman Pemainan Jeti Kuala Besut

Mencari kuih di pasar pagi Kuala Besut

Moyang

Bukit Keluang

Depan stesen teksi Jeti Kuala Besut


Cafe Istiqomah, Sg. Jelok, Kajang

Nasi Dagang Kelantan di Sg. Jelok Kajang

Major Service

Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi

Cuci kereta

Perkarangan Petronas B.B.Bangi

Bot nelayan Kuala Besut

Masjid Abidin Kuala Terengganu

Gamelan

Bot nelayan Pantai Marang

Studio

C70

Tok Su Aji

Sketchbook Azmannor
Saiz A5
40 ms
kertas Bockingford (190gsm)

Bila satu persatu sketchbook ni penuh rasa lain macam lak semangat nak start with the next sketchbook... siapa yang biasa buat sketching memang rasa kepuasannya...

Monday 9 February 2015

Rumah biru Kg. Baru

Tajuk: Rumah Biru
Medium: Cat air @ watercolor
Saiz: A4++
Sold

Peminat Adnan Sempit pasti perasan dengan kewujudan Rumah Biru ni...terletak di Kg. Baru, pemilik rumah kecik ni yang dikenali Mak Long agak resah memikirkan nasib mereka yang puluhan tahun menghuni Kg. Baru selepas kerajaan mengumumkan Pelan Pembangunan Kg. Baru...Doakan mereka akan terus dibela sekurang-kurangnya pampasan yang diberikan setimpal dengan apa yang mereka terpaksa korbankan...

Thursday 5 February 2015

Watercolor: Bandaraya Kuala Terengganu, Warisan Pesisir Air

Bandaraya Kuala Terengganu
Medium: watercolor
Saiz: 56cm x 76cm
Tahun: 2015
Available






Nak siapkan satu lukisan, satu rumah saya tawaf...tempat melukis tak pernah kekal, boring satu tempat pindah ke tempat lain, hehehe yang penting lukisan siap.

Macam biasa masih mengekalkan kertas kegemaran Saunders Waterford 300gsm di beli dari BSVN. Kertas ni agak kekuningan sikit (off white), sesetengah pelukis tidak gemar mengunakan kertas jenis ni. Saya suka pendapat Hisham Salmin, katanya mungkin masa kertas ni dicipta pelukis sangat suka sebab menampakkan hasil lukisan lebih retro, mungkin ada benarnya, hehehe...

Lukisan ni disiapkan dalam 2 malam memandangkan cara penghasilannya agak leceh (layan objek yang kecik). ianya terhasil selepas saya agak berpuas hati dengan hasil Kg. Baru...tentang brand watercolor yang digunakan pula saya lebih selesa menggunakan Schmincke walaupun mempunyai beberapa jenama lagi seperti Daler Rowney, Holbein, Sennelier, Cotman dan Alpha. Ditambahkan lagi bila digunakan dengan Diana Kolinsky Brush Set yang sangat awesome diperkenalkan oleh Abey Zoul, memang terbaik berus ni!!!... Berus ni macam kasut jugak, bila tak digunakan mudah rosak, so maksimumkan penggunaannya baru tahan lebih lama...

 Kalau perasan penampakan logo Saunders Waterford di sebelah signature saya...