Thursday 29 October 2015

Naib Juara Pertandingan Plein Air Tanjung Malim, 24 Oktober 2015

Alhamdulillah syukur, itu sahaja yang mampu diungkapkan setelah diumumkan memenangi tempat ke-2 Pertandingan Plein Air Tanjung Malim. Dengan kehadiran dan penyertaan seramai 57 orang peserta bukanlah sesuatu yang boleh dijangka untuk memenangi pertandingan ini, tapi saya hanya bertekad untuk memeriahkan lagi acara plein air anjuran UPSI dan Perupa ini. Acara yang sangat baik sebagai platform untuk pelukis tanah air berkumpul, berkenalan, berkongsi idea dan mengeratkan silaturrahim. 

FAKTA: Pertandingan Plein Air @ Tanjung Malim ESE ART / 1MCAT:

Tarikh                : 24 Okt 2015 / Sabtu
Masa                 : 9am-3pm
Lokasi melukis  : Pekan Tanjung Malim atau dalam UPSI
Peserta             : 57 orang
Anjuran             : Sekretariat ESE ART UPSI
Tajaan hadiah   : Perupa MY- 1MCAT
Kerjasama         : APS,PPP, MDTM
Juri:      1)Prof Dr Tjejep - ITB Bandung, Indonesia
             2)Prof Dr Halim Husain- UPSI
             3) Aris Aziz - Pengerusi PeRUPA.
Pemenang:
            1) Abey Zoul
            2) Azman Nor
            3) Ismail Alias
Saguhati:
           1) Mazuki Muhammad
           2) Khairul Anam,
           3) Adzran Omar
Penyampaian hadiah:
Prof Dr Halim, Pengarah Perhubungan Alumni UPSI
Motif acara:
1) Merakyatkan seni
2) Mencungkil dan memantap bakat seni lukis dalam kalangan komuniti pelukis.
3 )Merakam pekan Tanjung Malim melalui medium seni lukis.
4 )Pembangunan Seni Lukis negara.

Rujukan: FB Encik Raduan Noruddin


Idea pertama untuk melakar bangunan UPSI...

Laju je auntie ni kayuh...

Pekan Tg. Malim

Hasil Karya saya...

Bersama Prof Dr Tjejep - ITB Bandung, Indonesia

Bersama Juara, Abey Zoul...

Another sketching...A4 size

 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

Sunday 18 October 2015

Hujung minggu yang padat...

Jadual yang agak padat hujung minggu yang lepas dengan beberapa program yang menarik anjuran galeri, BSVN, APS dan plein air. Terima kasih rakan-rakan yang memberi sokongan dalam menjayakan program 2 hari ni, penuh pengisian dan bermanfaat.

17 Oktober 2015

Bengkel Cat Air Azmannor
0930 am : Pendaftaran dan pengenalan
1030 am : Demonstrasi cat air (teknik yang betul)
1330 pm : Tamat

Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS
1430 pm : Pendaftaran dan lawatan ke ruang pameran

Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar
1500 pm : Mula (lakaran)
1700 pm : Siap
1730 pm : Sesi bergambar


18 Oktober 2015

Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil
0930 am : Mula
1200 pm : Tamat



Bengkel Cat Air Azmannor


 Antara yang menyertai bengkel ini
Belakang dari kiri: Padi Razak, Yen Peng Sim, Adzuan Hashim, Noor Asyikin Mustapha, Syahman Ibrahim, Mazuki Muhammad (fasilitator), Iffat Haiqal, Zamlop Harun.
Depan dari kiri: King Marul, Razlan Mat, Pok Nik, Jeremy Lee, Saya, Engku Iskandar dan Cheng Peng Sia.

 Tekun Poknik & Mr. Cheng

 Terima kasih Abey Zoul, Mazuki Muhammad, Ryzal Misran dan Padi Razak yang membantu

 Menjawab pertanyaan

 Kusyuk atau terkejut???

 Terus melakar untuk dapatkan struktur dan figure yang tepat

 Demo secara berperingkat...

 Terima kasih Adzuan, hasil terbaik...

 Terima kasih Engku Iskandar yang sudi join ^_^

 Hasil bengkel...

Tajuk: Pekan Kuala Kubu Baru
Saiz: 28cm x 38cm



Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS


 Terbaik dari Abg Rasid Yusof

 Bersama Tn. Zaim Durulaman dan sampaikan tempahan Tn. Munawir


Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar



 3 Abdul sedang beraksi, Abdul Kalam, Abdul Kilin dan Abdul Kulup >_<

 Hahaha...

 Siap


Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil


 Damai 

 Sambil tunggu petugas wetland beri makan pada buaya

 Siap

 Hisham Salmin kusyuk beraksi...

 2 men show

 Tajuk: Paya Indah Wetland Dengkil
Medium: Cat air
Saiz: 38cm x 56cm


 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

Sunday 4 October 2015

Pikir&Lukis: Plein Air di KTM Sentul dan Sesi Seni di Project B...

Pikir&Lukis: Plein Air di KTM Sentul dan Sesi Seni di Project B...: Walaupun cuaca agak jerebu, semangat GW masih lagi kuat untuk ber plein air di Sentul. Perancangan awal untul kami melukis gerabak keretap...

Plein Air di KTM Sentul dan Sesi Seni di Project B Sentul, 3 Oktober 2015

Walaupun cuaca agak jerebu, semangat GW masih lagi kuat untuk berplein air di Sentul. Perancangan awal untul kami melukis gerabak keretapi lama yang masih tersadai di stesen lama Sentul tidak kesampaian kerana menurut guard yang bertanggung jawab, kami perlu membuat surat kepada pihak atasan KTM memohon kebenaran bertulis kerana tempat tersebut dilarang untuk kunjungan awam. Selepas hampir 1 jam berunding, kami masih lagi tidak dibenarkan untuk melukis pandangan hadapan gerabak tersebut, kami akur kerana mereka hanya menjalankan tugas. Sekiranya kami dilepaskan mungkin mereka akan hadapi masalah nanti.

Walaupun sedikit hampa, kami tetap meneruskan aktiviti plein air ditempat yang sama walaupun view yang agak terbatas.

Belakang kiri: Razlan Mat, Iffat Haiqal, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini, Jamal Tommy, Syahman, Zaid Jaapar
Duduk dari kiri: Abey Zoul, Wan Borhanuddin, Jeremy Lee, Tembakau & Saya

 Siap...

 Muka poyo >_<

 Masing2 memang bersemangat...

 Palette baharu yang ringkas...

 View dari tempat kami...

 Sesi Seni di Project B, Sentul, 1.00 Petang

Seterusnya adalah sesi seni sambil mengisi perut yang kosong, Abey Zoul minta saya buatkan satu lukisan untuk rakan2 yang hadir

Sorry rokok tu bukan saya punya,im not smoker >_<

 Atas paper Stratchmore, saya lukiskan gerabak keretapi yang kami dapat capture selepas sesi plein air

 Siap dalam masa 19 minit, kata Tembakau...

 Hasilnya...

*Kredit foto-Abey Zoul, Jeremy Lee & Iffat Haiqal

 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

Friday 2 October 2015

Jom ke Pameran Rasa Alam UKM 2015, 9 Oktober - 5 November 2015


Palette Baharu...

Dalam melukis kalau boleh saya nak se'simple mungkin dari hasil lukisan hinggalah ke peralatan yang digunakan untuk melukis. Palette yang digunakan sebelum ni bukan lah tak best, tapi setiap satu tu pasti ada sikit kekurangan. Saya kurang selesa gunakan palette yang mempunyai pan mudah alih atau tempat isi color yang terlalu dalam (sebab color terlalu banyak diletakkan). Palette ni kadang2 boleh merosakkan hujung berus bila nak calit color tu...

Satu hari bila dah belek2 website ebay, terjumpa satu palette yang memang dicari sebelum ni. Harga murah tapi kos penghantaran agak mahal, nak tak nak memang kena beli sebab dah lama mengidam >_<

Kos Penghantaran agak mahal pun sangat puas hati sebab penghantaran dari Kanada mengambil masa kurang seminggu, memang terbaik!!!...




Thursday 1 October 2015

Art On Paper, 29 September - 12 Oktober 2015

Sekitar majlis Perasmian Pameran Art On Paper di Galeri Artiseri, Seri Pasific Kuala Lumpur.

Pada awalnya mendapat mesej daripada sahabat yang juga merupakan kurator pameran ini, Irwan Idris yang jemput saya untuk join pameran ni. Alhamdulillah peluang ni tak dilepaskan...

Pada 29 September saya hadir majlis perasmian oleh Pengarah Drama dan Filem tanahair, Saudara Bade Hj. Azmi walaupun tak berapa sihat sebab sakit dada dan kebetulan juga ada 2 urusan penting di KL pada masa yang sama, jadi ambil peluang untuk singgah di Artiseri...

Sangat2 bersyukur sebab dapat join pameran berprestij ini...dapat berkenalan dan bertemu muka rakan fb saya selalu saya chatting sebelum ni antaranya Pak Yusof Gajah, Pak Kamaruddin Kamali, Prof Abdul Jalil Othman, Raja Mohamed Nizam, Cikgu Khalid Othman, Pak Ismail Baba, Abg Nazmi Foto, Tuan Mazlan Noor dan Isteri, Kak Rozainiabidinhazir, Kak Lina Khairi, Abang Mohd Foad Hassan, Hesharm Ibrahim, Abg Zahuri Harun, Nizam Aziz, Aku Napie, Abg Ilon Anuar, Abg Hudry Hayat, Khairul Muhammad Zain, A. Zaki Hadri, Syuq Tone, Tuyuk, Dwen Karikatur, Zarina Abdullah, Tembakau, Cikgu Raof Ali,  Syaiful Jangguttouch, Namizam Muda, Abg Shamsuri Atan dan ramai lagi.


Bersama karya...


Kartunis Tembakau disamping karya-karyanya...

Karya Hisham Salmin...

Seperti yang dirancang...

Masing2 kusyuk...

 Masing2 kusyuk...

Terima kasih Irwan yang bertungkus lumus memastikan pameran berjalan lancar...

Ucapan dan perasmian oleh saudara Bade Hj. Azmi...

Cenderahati...

Pelukis bergambar bersama Saudara Bade Hj. Azmi...

Hesharm dan lukisannya...

Kak Rozainiabidinhazir dan lukisannya...

Sesi penerangan...



Dwen Karikatur

Tuyuk Firdaus Hussain

Rozlina Khairi

Zarina Abdullah

Bersama Prof. Abdul Jalil Othman

Bersama Pak Kamaruddin Kamali



Nizam Aziz


 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor