Progress 3/4 (Kenduri)
Watercolor
56cm x 76cm
2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau dikirakan jarak masa posting terakhir saya, sangat mustahil untuk saya mulakan balik apa yang saya tinggalkan dulu...rasa kekok nak update balik status di blog ni. Perkara pertama yang saya buat selepas log in ialah menukar nama blog ni dari pikirdanlukis kepada azmannor sebab dalam media sosial (facebook dan instagram) atau aktiviti luar saya lebih dikenali dengan nama Azmannor.
Lebih setahun tak bercerita melalui blog, tentu ada segelintir yang bertanya ke mana saya selama ini. Sebenarnya banyak aktiviti berkaitan cat air saya di update dalam facebook atau instagram. Melalui saluran ini perkongsian lebih pantas dan mudah. Tetapi sebenarnya saya lupa, secara tidak langsung bahagian terpenting iaitu bercerita mengenai rasa tidak ada dalam facebook mahupun instagram. Saya tidak bebas untuk bercerita apatah lagi meluahkan apa yang terbuku dihati mengenai dunia cat air yang penuh mencabar ini. Menjadi seorang pelukis yang diperhatikan hasil karyanya pasti membuatkan saya sedikit terganggu dan tidak dapat fokus seperti dahulu.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk memulakan balik apa yang telah saya tinggalkan dahulu, menulis, menulis dan terus menulis...sekurang-kurangnya penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment