Gunung Kinabalu dalam kenangan...
Gunung Kinabalu yang terletak
di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi
Kepulauan Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari
aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di
Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881
m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter)
dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu
jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung
Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah
kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di
plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora dan Puncak
Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian
mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung
kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak
Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak
tertinggi di Oceania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap
sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian
“Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua
Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai
kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan
hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Rujukan peta: http://cuti-cutimalaysia.net/mt-kinabalu-package/climb-mt-kinabalu-3d-package-via-mesilau-trail/
Terdapat 2 laluan pendakian ke puncak Kinabalu, iaitu melalui Mesilau dan Timpohon. Laluan Mesilau adalah lebih panjang dianggarkan lebih 2 KM berbanding laluan Timpohon. Laluan Mesilau sedikit santai jika dibandingkan dengan laluan Timpohon, tambahan para pendaki dapat menikmati pemandangan gunung yang sangat indah. Terdapat juga air terjun serta jambatan gantung sepanjang laluan ini.
Laban Rata
Pemandangan dari ketinggian 3776M@~KM7
Pemandangan Mesilau Trail
Pekan Kundasang
Sayonara Kinabalu...
No comments:
Post a Comment