Tuesday, 24 March 2015

Rahsia Joseph Zbukvic...

Beberapa hari ni tak lekang dari tengok video tutorial dari Joseph Zbukvic, terfikir jugak apa rahsianya...beberapa kali jugak ulang tayang video ni, barulah perasan selain perspektif yang tepat dan sememangnya skillnya yang memang tak dapat disangkal.

Dan kalau diperhatikan betul2, dia banyak menggunakan jari dan kukunya sebagai bantuan untuk menghasilkan kesan yang lebih menarik, salute kaedah yang digunakan sebab ada juga diantara kita yang langsung tak mahu mengotorkan jari bila melukis termasuk saya, dulu2 >_< ...

Joseph menggunakan jari untuk menghasilkan tona warna yang berbeza apabila wash dilakukan. Untuk membezakan bahagian yang mana lebih gelap atau lebih cerah. Joseph hanya menekap sedikit dengan jari2nya untuk menghasilkan warna yang lebih transparent dan dramatik.

Kuku juga digunakan untuk menghasilkan garis yang menggambarkan tiang, rumput, manusia, haiwan dll yang terkena biasan cahaya. Cara ni sebenarnya dipraktikkan oleh ramai pelukis termasuklah Alvaro Castagnet dan Direk Kingnok...

Credit pic and concept study from Joseph Zbukvic



No comments:

Post a Comment