Monday, 30 March 2015

Berkayuh sambil melukis di Putrajaya...

Cuba menjadikan berbasikal ni sebagai rutin hujung minggu, yela dah tua2 ni banyak skru dah longgar, kena ketatkan balik. So berkayuh adalah jawapan yang paling baik kepada pelukis macam kami.

Nak yang lebih hardcore kan tertinggal pulak aktiviti melukis nanti. Berbasikal ni senang sebab kami boleh bawak peralatan melukis bersama2, sambil berkayuh boleh la singgah buat sketching kat mana2...

Pagi Ahad lepas 29 Mac 2015, saya bersama Hisham Salmin memilih untuk berkayuh di sekitar Putrajaya. Port yang paling strategik memandangkan Hisham tinggal berhampiran Taman Equin dan saya tinggal di Bandar Baru Bangi, so senang nak jumpa...

Bila jumpa pagi tu, Hisham dengan basikal LeRun Manhattannya yang tersangat awesome memulakan kayuhan dari Masjid Tuanku Mizan menyelusuri tepian tasik sehinggalah lengkap satu pusingan (lebih 10 km), fuhhh!!...

Mula kayuhan jam 7.00 pagi





Menarik!!!...

Rekabentuk rumah berbeza mengikut taman...

PICC

Taman pe ntah lupa nama, hadiah persahabatan China untuk Malaysia katanya...

Memberanikan diri lukis dihadapan crowd yang ramai, wat bodo je >_<

Danial dari Taylor Uni. (if im not mistaken), berminat dengan aktiviti kami...

Siap

Tajuk: Hening Pagi
Medium: Watercolor
Saiz: 28cm x 38cm
Daler Rowney wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper

No comments:

Post a Comment