Wednesday, 11 March 2015

Diari Sibu/Sarikei...

Sebenarnya tiada langsung perancangan untuk ke Sibu/Sarikei. Segalanya spontan selepas officemate Rizal bagitau nak balik ke kampung ibunya di Sarikei, petang tu jugak kami beli tiket, awal pagi keesokannya terus fly ke sana, hehe...Sori rakan2 yang tanya tu, bukan tak ajak tapi kalau ajak pun siapa lah yang nak ikut kalau dah rushing macam ni kan...lagi pun saya menumpang kawan je ke sana...

Apapun pengalaman 3 hari berada di Sibu/Sarikei takkan dilupakan kerana kehidupan mereka sangat berbeza dengan kita di semenanjung. Penuh kesederhanaan dan hidup dalam keadaan yang sangat harmoni.

Hari pertama 27/02/2015: Flight KL-Sibu jam 6.00 pagi, tiba di Sibu jam 8.00 pagi kami dijemput Cousin Rizal. Dari Airport Sibu kami ambil teksi ke Bandar Sibu untuk dapatkan trip bas ke Sarikei. Kami sampai di bandar Sibu jam 9.20 pagi...Alhamdulillah sempat dengan trip bas jam 9.45 pagi. Sementara menunggu bas bertolak, saya sempat round sekitar Bandar Sibu untuk snap beberapa gambar yang menarik. Seterusnya tepat jam 9.45 kami bertolak ke Sarikei, agak janggal sebab dah hampir 12 tahun tak naik bas lompat2. hehehe

Selepas 1 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Sarikei. Maka bermulalah episod sketching saya sekitar Bandar Sarikei. Sempat jugalah beberapa keping sebelum dijemput ayah dan ibu Salim. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kabong yang mengambil masa hampir 1 setengah jam untuk sampai ke sana. Saya sangat teruja sepanjang perjalanan dengan hidangan pemandangan yang memukau bumi Sarawak.

Tiba di Kabong, kami di sambut mesra saudara mara Rizal. Saya biarkan Rizal dengan saudaranya. tak mau ganggu mungkin banyak cerita nak dikongsi, saya terus dapatkan port yang menarik untuk buat sketching di jeti berdekatan. Sepanjang hari sketchbook tidak lekang daripada tangan saya...

Hari kedua 28/02/2015: Awal pagi terus melakukan sketching di sekitar Kg. Gerigat, pemandangan yang menarik matahari terbit adalah bonus untuk saya siapkan beberapa lukisan yang menarik. Sketching session ni berlangsung hingga petang. Dan target untuk penuhkan 60% sketchbook telah berjaya. Selepas rehat dan solat, saya cuma lakukan final touch untuk pastikan lukisan yang dihasilkan lebih dramatik. Nak tengok hasil sketchbook boleh rujuk entry sebelum ni...

Hari terakhir 01/03/2015: Awal jam 4 pagi Salim dan Pak Ngah turun ke laut mencari rezeki, kot2 boleh dapat banyak hasil tangkapan udang untuk bekalan kami pulang ke semenanjung. Terima kasih Salim, Pak Ngah dan Mak Ngah!!!....Dan saya teruskan dengan sketching session di sekitar jeti, melakar puluhan nelayan berlumba2 turun ke laut mencari rezeki. Bayu pagi ni agak dingin berbanding semalam, sesuai dan tenang tuk siapkan lukisan. Sebelum jam 12 tengahari, hanya 2 muka surat lagi yang tinggal untuk saya buat lakaran di sepanjang perjalanan ke Sibu nanti. Salim dan Pak Ngah pulang dengan hasil tangkapan yang agak memberansangkan, sebahagian hasil ini sebagai bekalan kami pulang nanti... 

Sempat dengan satu sketching sebelum berlepas

Sungai Rejang

Bandar Sibu

Sambil alas perut, sempat lukis bot laju di depan mata...

Pasar Sungai Rejang

hari pertama di sebelah jeti obor2

Siap

Round kampung, terjumpa jeti JKR ni, apa lagi...

Peralatan yang setia

Dibelakang tu bot hasil pertukangan bapa saudara Rizal, memang tak percaya upah satu bot lebih kurang RM1200-RM1500 sahaja, dan satu bot cuma berharga sekitar RM5000!!!

Jeti JKR

Siap

Pagi ni sorang2 je

Lewat petang di pasar Kg. Nyabor, 2 orang perempuan sebelah tu cikgu dari semenanjung, orang Kelantan, ni kira port lepak dorang waktu petang la...

Stail jugak lukis atas ni...

view dari tempat saya melukis...

80% siap

Hasil tangkapan Salim dan Pak Ngah

Sebelum balik sempat tuk last sketch...

Complete 1 sketchbook menceritakan perjalanan saya ke Sibu/Sarikei, Terima kasih Rizal, Salim, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ban & isteri (lupa nama, hehehe) dan keluarga lain yang mesra menerima kehadiran saya di sana, JUMPA LAGI...

3 comments:

  1. Kg bintangor jauh ke dari situ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. kalau dari sibu ke pantai belawai tu naik bas jauh tak ekk?
    dan gambar tuan ni ada tak utk dijual... saya minat la..... hihi

    ReplyDelete
  3. sekadar menjawab..dai sibu ke pantai belawai ambik masa 1 jam lebih jugak klu naek bas.

    ReplyDelete