Tuesday, 31 March 2015
Practice lagi dan lagi...
Basically nak jadi pelukis tidak susah kerana bagi saya semua orang boleh melukis, paling tidak pun buat lakaran ringkas. Namun tidak semua yang mempunyai skill untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang baik dan menarik.
Orang yang mempunyai pendidikan formal dalam seni lukis sekalipun tidak akan berjaya menjadi pelukis yang baik sekiranya tiada usaha untuk menambahbaik skill yang ada ke tahap yang lebih baik seperti yang dilakukan oleh pelukis2 luar seperti Praful Sawant, Rajesh Sawant, Joseph Zbukvic, Thomas Schaller, Robert Wade, Ong Kim Seng, Direk Kingnok dan ramai lagi.
Diri sendiri pun terlalu jauh untuk menjadi seperti mereka ni, kurang tumpuan dan tidak konsisten seperti mereka. Harap suatu hari nanti mampu menjadi seperti mereka...
Tajuk: hening pagi
Medium: watercolor
Saiz: 15cm x 38cm
Daler rowney wc + 300gsm saunders waterford (handmade sketchbook)
Medium: watercolor
Saiz: 15cm x 38cm
Daler rowney wc + 300gsm saunders waterford (handmade sketchbook)
Monday, 30 March 2015
Tempahan Handmade Sketchbook...
Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni...untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki...
Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada.
So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30...
Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe... manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice...
Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain...
Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak??? hehehe
Terima kasih yang sudi beli buku ni...
Berkayuh sambil melukis di Putrajaya...
Cuba menjadikan berbasikal ni sebagai rutin hujung minggu, yela dah tua2 ni banyak skru dah longgar, kena ketatkan balik. So berkayuh adalah jawapan yang paling baik kepada pelukis macam kami.
Nak yang lebih hardcore kan tertinggal pulak aktiviti melukis nanti. Berbasikal ni senang sebab kami boleh bawak peralatan melukis bersama2, sambil berkayuh boleh la singgah buat sketching kat mana2...
Pagi Ahad lepas 29 Mac 2015, saya bersama Hisham Salmin memilih untuk berkayuh di sekitar Putrajaya. Port yang paling strategik memandangkan Hisham tinggal berhampiran Taman Equin dan saya tinggal di Bandar Baru Bangi, so senang nak jumpa...
Bila jumpa pagi tu, Hisham dengan basikal LeRun Manhattannya yang tersangat awesome memulakan kayuhan dari Masjid Tuanku Mizan menyelusuri tepian tasik sehinggalah lengkap satu pusingan (lebih 10 km), fuhhh!!...

Mula kayuhan jam 7.00 pagi
Menarik!!!...
Rekabentuk rumah berbeza mengikut taman...
PICC
Taman pe ntah lupa nama, hadiah persahabatan China untuk Malaysia katanya...
Memberanikan diri lukis dihadapan crowd yang ramai, wat bodo je >_<
Danial dari Taylor Uni. (if im not mistaken), berminat dengan aktiviti kami...
Siap
Medium: Watercolor
Saiz: 28cm x 38cm
Daler Rowney wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Sunday, 29 March 2015
Plein air di Bagan Lalang 28 Mac 2015...
Cabaran getir berdepan dengan panas terik berplein air bersama pelukis hebat Hisham Salmin dan Maroz Khuzaini berhampiran Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang. Best juga sesekali lari dari kesibukan kota dan perjalanan memakan masa hampir 45 minit dari Bangi...
Kami singgah sebentar di Pekan Sepang untuk bersarapan pagi sebelum bertolak ke Bagan Lalang, pemandangan yang baik walaupun agak terhad subjek yang hendak dilukis. Namun ianya sama sekali tidak mematahkan semangat kami untuk berplein air di sini...
Hasil plein air kami, gangsta yang lain bila lagi???
Idea Hisham Salmin untuk plein air sambil berkayuh diterima dengan positif, dan telah menular dikalangan rakan2 pelukis yang lain, hehehe
Isi tank dulu, sedap plak nasi lemak makcik ni...
Antara pemandangan yang menarik di Bagan Lalang
Maroz dan Hisham sedang beraksi...
Walaupun ringkas, tapi agak berpuas hati
Sempat juga siapkan satu sketch
Basikal cap ayam je, janji sihat >_<
Dorang ni sempat singgah beli ikan dan udang, saya kat sini single, xbeli sebab malas nak masak, hehehe
Tajuk: Tiada lagi hirau
Medium: Watercolor
Saiz: 28cm x 38cm
Winsor Newton wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Thursday, 26 March 2015
Watercolor: Sketchbook
Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni????.
Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha...
Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe
Kat bawah ni hasil yang terbaharu
Kampung nelayan
Taman Wetland
2015 Putrajaya Hot Air Balloon
Tali air
Pemandangan dari Genting Cable Car
16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper
Tuesday, 24 March 2015
Rahsia Joseph Zbukvic...
Beberapa hari ni tak lekang dari tengok video tutorial dari Joseph Zbukvic, terfikir jugak apa rahsianya...beberapa kali jugak ulang tayang video ni, barulah perasan selain perspektif yang tepat dan sememangnya skillnya yang memang tak dapat disangkal.
Dan kalau diperhatikan betul2, dia banyak menggunakan jari dan kukunya sebagai bantuan untuk menghasilkan kesan yang lebih menarik, salute kaedah yang digunakan sebab ada juga diantara kita yang langsung tak mahu mengotorkan jari bila melukis termasuk saya, dulu2 >_< ...
Joseph menggunakan jari untuk menghasilkan tona warna yang berbeza apabila wash dilakukan. Untuk membezakan bahagian yang mana lebih gelap atau lebih cerah. Joseph hanya menekap sedikit dengan jari2nya untuk menghasilkan warna yang lebih transparent dan dramatik.
Kuku juga digunakan untuk menghasilkan garis yang menggambarkan tiang, rumput, manusia, haiwan dll yang terkena biasan cahaya. Cara ni sebenarnya dipraktikkan oleh ramai pelukis termasuklah Alvaro Castagnet dan Direk Kingnok...

Credit pic and concept study from Joseph Zbukvic
Sunday, 22 March 2015
Sekitar Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA)
2015/2016
Pengerusi
Aris Aziz
Timbalan Pengerusi
BoGa
Setiausaha
Raduan Norudin
Timbalan Setiausaha
A. Zaki Hadri
Bendahari
Laila Yinn
AJK
Ridzuan Nuruddin (Gangsta Watakala)
Park Loong Yus
Irwan Idris
Sementara tunggu mesyuarat ni sempat jugak lah buat sketching di Tasik Titiwangsa, :-)
Penjaja Titiwangsa
Medium: Watercolor
Saiz: A5
Schmincke wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Wednesday, 18 March 2015
Watercolor: Tawakkal...
Hasil dalam masa kurang 2 jam. Moga pembelajaran berterusan ni dapat meningkatkan skill dan pandangan dr perspektif seni rakan2 terhadap hasil lukisan saya dari tahun 2012 hinggalah sekarang. Kebanyakan dikalangan kita percaya seni itu datang dari bakat sendiri tanpa paksaan, boleh diterima tetapi sekiranya tiada usaha ianya takkan kemana...u develop your skill, your consistency and you win it, chewahhh (ayat sendiri yang poyo >_<) ...
Kalau dulu saya memang suka lukisan bersifat realism dan mula serius pun dengan lukisan sebegini. Tapi lama kelamaan bila peratikan lukisan cat air dari pelukis yang hebat, sebenarnya skill sangat menjadi keutamaan. Jarang mereka mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu2 lukisan, tapi hasilnya sangat gempak... itu yang diperlukan oleh setiap pelukis...

Tawakkal
Medium: watercolor
Saiz: 38cm x 56cm
Schmincke + Winsor Newton wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Tuesday, 17 March 2015
Watercolor: Rehat
Rehat (Nelayan Kuala Besut)
Medium: watercolor
Saiz: 28.5cm x 38.5cm
Schmincke + Winsor Newton wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Watercolor: Kampung nelayan Besut...
Seminggu bercuti di kampung terasa semangat untuk melukis semakin bertambah bila tengok pemandangan yang menarik. Bila ada peluang je pusing satu daerah cari foto2 yang menarik untuk dijadikan bahan lukisan. Lukisan yang dihasilkan ini jgk hasil photo hunting di sekitar Besut...
Kampung nelayan Besut
Saiz: A2+
Medium: Watercolor
(Schmincke wc + 300gsm Bockingford wc paper)
*sori gambar xclear
Waktu start lakar ni jam dah 10.00 mlm, terpaksalah sambung esok
Balik kerja je terus sambung, tak sempat tukar baju, hehehe
80%, yang dah siap kat atas tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)