Wednesday 2 September 2015

Terima kasih Cikgu Saiful...

Pertama kali saya jumpa Cikgu Saiful setahun lepas masa join Pertandingan Melukis Warisan Kg. Cina, Kuala Terengganu pada tahun lepas. Saya disapa mesra oleh Cikgu Saiful yang sememangnya peminat dan pelukis tegar cat air. Cikgu Saiful seorang yang mudah didekati dan agak peramah orangnya. Beliau yang mengajar di MRSM Kuala Terengganu ini rupa-rupanya bekas guru kepada isteri saya yang belajar di sana sekitar tahun 2001. Kecik sangat dunia ni rupanya, hehehe

Menurut isteri saya, Cikgu Saiful ni memang mudah didekati pelajarnya... memang tak mustahil la perangai beliau tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang, mesti ramai pelajar yang senang dengan Cikgu Saiful ni...

Berdiskusi tentang seni lukis...

Jangan tak tau, disebabkan minat pada lukisan cat air Cikgu Saiful pernah simpan duit untuk beli karya cat air pelukis terkenal Abdul Ghani Ahmad. Sampai sekarang lukisan tu ada dalam simpanannya (tergantung indah di suatu sudut rumahnya)

Saya anggap hadiah ni sebagai pemberian anak murid kepada cikgu yang hebat...

Terharu bila cikgu cakap "bila datang KT , bagitau je boleh menginap rumah cikgu"... Cikgu, isteri dan keluarga memang mesra, terima kasih atas layanan...


INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

No comments:

Post a Comment