Tuesday 1 September 2015

Plein Air 31 Ogos 2015 bersama Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer)

Dari dulu lagi teringin nak join ahli Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) berplein air di sekitar Kuala Terengganu. Alhamdulillah selepas berbincang dengan Abang Kay, Cikgu Saiful dan Abang Saipudin dapatlah tarikh yang sesuai pada 31 Ogos 2015.

Saya amat teruja dengan sesi kali ni kerana dapat menyertai pelukis2 hebat pelbagai medium dari negeri kelahiran sendiri... Pelukis Terengganu memang terkenal dengan kehebatan lukisan batik yang pelbagai dan membawa identiti dan juga ramai dikalangan mereka yang hebat dalam medium cat minyak, cat air dan akrilik...

Pelukis cat air terkenal dari Terengganu, Arwah M. Zain sangat terkenal dengan karya yang hebat dan memberi mesej dari pantai timur. Walaupun kami tak mampu membawa era kegemilangan arwah, sekurang-kurangnya kami dapat mencetus minat generasi baharu untuk lebih meminati dan memandang serius kehadiran cat air ini...

Hasil plein air...
Tajuk: Pusaka Losong
Medium: Cat air (Watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm





 Melukis sambil berdiskusi...

  Art talk yang sebenar2nya, sebab pengalaman dan ilmu tu datang dari semua pelukis yang join plein air ni... terima kasih semua...

Khusyuk sangat nih, hehehe

Terima kasih PeTer

Hasil lakar langsung kami...

Akhirnya, selepas setahun berhubung, hari ni dapat juga join sebagai ahli seumur hidup Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), muka nampak excited >_<


INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor


No comments:

Post a Comment