Wednesday, 30 September 2015
Sunday, 20 September 2015
Plein air @Pullman Hotel Putrajaya, 18 - 20 September 2015...
12 Lukisan hasil plein air ini akan dimasukkan ke dalam kalendar Pullman Putrajaya 2016 dan selebihnya akan dipamerkan di ruangan lobi hotel bermula November ini, so siapa yang berkesempatan dijemput hadir, berminat nak beli boleh book sekarang sebab beberapa painting telah di booked ye...
Satu kelainan pada hotel ini ialah terdapat 4 bangunan utama yang terdiri daripada kaum majmuk di Malaysia iaitu Melayu (Tanjung), Cina (Lotus), India (Jasmine) dan Borneo (Rafflesia). Ditengah2 Plaza Level terdapat menara jam yang menjadi mercu tanda hotel ini. Jadi kami diberi tugasan untuk merakamkan setiap bangunan di sini, beberapa kumpulan diwujudkan bagi mengelakkan berlaku pertindihan subjek yang dilukis. Pelukis dan ahli PeRUPA yang terpilih adalah Pak Aris Aziz, Raduan Noruddin, A. Zaki Hadri, Syuq, Abey Zoul, Munif Muhamad Nor, Hisham Salmin, Abinaj Ain, Padi Razak, Ahmad Zakir, Irwan Idris, Bo Ga dan saya. 2 pelukis jemputan juga hadir iaitu Maroz Khuzaini dan King Marul. Sesi plein air kali ini berlangsung dengan jayanya, setiap pelukis mampu menghasilkan sekurang2nya 2 lukisan pemandangan dan juga close up persekitaran hotel.
Pada sebelah malamnya sesi wacana ilmu (art talk) berlangsung dari jam 9 - 11 malam. Antara panel yang dijemput adalah Pak Yusof Gajah dan Pak Aris Aziz, moderator adalah Tuan Raduan Noruddin.
Antara yang hadir, dari kiri A. Zaki Hadri, King Marul, Bo Ga, Padi Razak, Abey Zoul, Zakir Amir, Syuq Tone, Maroz Khuzaini, Saya, Hisham Salmin, Munif Muhamad Nor dan Abinaj Ain, Pak Aris (Tiada dalam gambar)
Wakil Gangsta Watakala...
Lotus Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm
Pullman View
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm
Sunset in Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 10cm x 14cm
Warisan Melayu
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm
Artwork by GW
Artwork by GW
Mengigil bila otai tengok kita melukis
Bersama pihak penganjur Pullman
Hasil yang xseberapa...
Hisham melukis sambil berbual dengan Pak Aris...
Pameran tak formal
Pameran tak formal
Bersama 3 hasil karya utama saya...
Diskusi seni dimana2
Malam kedua sangat bertuah ditemani Pak Yusof Gajah...
Teruja tengok hasil karya beliau...
Imej dan lakaran yang hebat...
Saya hadiahkan kepada Pak Yusof...
Hadiah daripada Pak Yusof sebagai kenangan, original painting!!!... im impressed!
Palette yang menjagi igauan sekian lama...
INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:
Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor
Thursday, 17 September 2015
Plein Air Sempena Hari Malaysia, Bukit Broga, Semenyih, 16 September 2015
Terima kasih Bisharuzi Omar, orang kuat PESAT yang jemput untuk support aktiviti anjuran PESAT mendaki Bukit Broga bersama Pendaki Solo, Encik Mohd Noor Mat Amin. Bila dapat pelawaan tu terfikir jugak kalau boleh plein air di puncak bukit tu. So apa lagi terus planning dan jemput ahli Gangsta Watakala untuk berplein air sambil mengeluarkan peluh. Tapi sambutan agak kurang mungkin tak berapa confident kot...
Walaupun hampir berputus asa, akhirnya Abang Jamal Tommy dan Tajuddin dari SELFUEL offer untuk join. 3 orang pun dah cukup bagus, atleast ada kawan untuk melukis...
Terima kasih Bisha & PESAT...
Lepas lelah selepas penat mendaki...
Pemandangan dari tempat kami melukis...
Memang best tempat ni, sejuk...
Muka poyo, huhu...
Nampak macam gayat...
T-shirt Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor & Wilayah Persekutuan (PESAT)
Broga Hill
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm
Beban lebih 5kg atas belakang...
Monday, 14 September 2015
Berkongsi apa yang berguna... simple watercolor step
Sejujurnya ramai yang bertanya saya adakan kelas cat air atau x, saya bagitau kalau sekadar berkongsi datang je boleh datang ke Bandar Baru Bangi atau set tempat disekitar Lembah Klang saya akan datang. Tapi dialog ni dah berpuluh kali berlaku, xde yang sudi datang walaupun saya tak amik bayaran untuk beberapa sesi ni... Sy tak amik bayaran sebab niat saya just berkongsi idea saya bukan untuk kelas formal yang perlu ajar asas dan teori, lagi satu saya xcukup pengalaman pun untuk adakan kelas...
Kalau nak tau di negara luar terutama di Europe, mereka adakan kelas bukan saja untuk belajar teori tetapi tenaga pengajar mereka willing to show the way they paint... tak kedekut sangat la... steps yang ditunjukkan itu sebenarnya yang akan memberi inspirasi kepada anak murid mereka untuk berkarya suatu hari nanti...
So kalau dah susah sangat saya just share simple steps kat sini la, jangan pulak cakap sikitnya gambar tak nampak step betul2 pun, haha...
KLCC pandangan dari Kg. Baru (Simple wc step)
Seperti biasa saya suka gunakan Saunders Waterford 300gsm wc paper, senang nak control air, tapi kelemahan kertas anda sedikit sukar untuk remain warna yang anda perlukan (serap warna). Tapi tak pe yang nak nampak lebih natural lukisannya gunalah kertas ni. Ok untuk 1st layer (gambar 1) saya gunakan 4 warna utama iaitu Ultramarine Blue, Burn Sienna, Yellow Ochre dan Alizarine Crimson. Sebelum masukkan warna basahkan kertas keseluruhannya (jangan basah lencun plak >_<), tujuan basahkan sepenuhnya ni sebab nak dapatkan kesan cantuman warna yang lembut (takde hard edge la kata omputih). Then identify warna putih untuk ditinggalkan macam kat bawah belah kanan gambar 1 tu.
Selepas biarkan ianya kering sepenuhnya (10 minit), masukkan 2nd layer. Untuk membezakan depth pada pandangan kita, saya masukkan warna lembut putuk pandangan jauh (dalam gambar ni KLCC la paling jauh), gunakan ultramarine blue dan sedikit burn sienna (lebihkan air dalam campuran ni). Selepas kering sepenuhnya barulah masukkan warna untuk subjek yang lebih dekat. Jangan risau dalam wc ni tak banyak pun warna yang digunakan, trust me cuma gunakan color yang saya nyatakan ini sahaja...
Ultramarine Blue, Burn Sienna, Yellow Ochre dan Alizarine Crimson
nak bagi lukisan lebih umphhh gunakan warna ni (nak touch sikit2 je)
Red, Turquoise, Veridien Green, Orange
Last but not least, masukkan subjek yang menghidupkan lagi suasana iaitu orang, binatang dan kenderaan...
Sori guna handphone je ni >_<
KLCC view from Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: A4
Available
INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:
Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor
Sunday, 13 September 2015
Rimba Klasik #02, 10 September 2015
Rimba Klasik hasil cetusan idea Maroz Khuzaini yang merasai kesusahan ahli Gangsta Watakala (GW) Lembah Klang yang berada di sebelah selatan yang tidak mampu ke KL atas faktor jarak dan kekangan masa. Alhamdulillah sudah RK #02 dan turut disertai ahli GW dari KL iaitu Abey Zoul dan WanB...
Siap2kan sketch kat umah, kat RK masuk color je...
Antara peralatan dan berus yang dijual Abang WanB, kualiti terbaik jarang dijual di Artshop di Malaysia, harga berpatutan...
Da Vinci dan Winsor&Newton
Semua saiz ada...
Sharing knowledge by Robert Brindley...
Kusyuk...
3 hasil malam ni... Alhamdulillah telah di Booked...
Subscribe to:
Posts (Atom)