Sunday, 23 August 2015

Plein Air Hulu Langat, 22 Ogos 2015

Sebelum ni saya dan Hisham Salmin pernah berbincang untuk plein air ke Sg. Congkak, tapi target utama kami bukanlah nak lukis sungai. Yang saya lebih teruja sebab menurut Hisham sepanjang perjalanan ke sana banyak rumah tradisional pusaka yang masih terpelihara...

Jadi kami cuba war-warkan dalam grup untuk ajak rakan2 lain menyertai kami pada 22 Ogos lepas. Walaupun penyertaan kurang memuaskan memandangkan ahli mempunyai komitmen yang perlu diutamakan, kami tetap teruskan misi plein air kali ni...

Ada juga yang bertanya, best ke plein air ni...haa ini jawapannya nama pun plein air, udara yang disedut sepanjang aktiviti lebih segar berbanding terperap di studio, kami bebas bergerak sambil menikmati alam sekeliling dan yang paling utama kami boleh berkongsi ilmu dalam memperbaiki teknik dan kemahiran yang ada...

Di sinilah adanya teguran sekiranya berlaku kesilapan... dapat ilmu free, hehehe.... Alhamdulillah setakat ni dorang tak lokek ilmu...

 Saya, Wan Borhanuddin, King Marul, Maroz Khuzaini dan Hisham Salmin

 Sempat posing di kebun keluarga Maroz Khuzaini, untung ada kebun dekat Lembah Pangsun ni...

 Target subjek, rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat luar terutamanya produksi filem dan dokumentari...

 Khusyuk bangat!!!

 2 orang kat belakang ni sangat hebat dan berilmu, rugi tak bersama mereka...

 Ahli Gangsta Watakala yang dah capai tahap internasionale, Hisham Salmin bersama buku Sketch City yang berkongsi tips dan inspirasi beliau dan 24 pelukis seluruh dunia, MUNGKIN INI RAHSIA BELIAU KEKAL REMAJA, SIFU!!!...

 Setakat ini saja...



 Tajuk: Rumah Pusaka
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm









1 comment: