Minda Merdeka merupakan sebuah pameran bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-58. Pameran ini menghimpunkan karya bertemakan kemerdekaan hasil daripada cetusan pelukis-pelukis daripada Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA). Pameran Minda Merdeka ini menterjemahkan konsep dengan bertemakan kemerdekaan dalam sudut pandangan pelukis yang berbeza menggunakan kreativiti tersendiri sebagai sumber informasi, interaksi dan paparan kreativiti kepada khalayak dalam mengangkat isu-isu sosial seperti nilai kemanusiaan, semangat setiakawan, perjuangan dan tindakbalas terhadap persekitaran sebelum dan selepas kemerdekaan.
Karya yang dipamerkan bukan sahaja bertemakan isu kemerdekaan malah ada di antaranya melangkaui kreativiti pelukis tanpa perlu menggunakan imej-imej kemerdekaan. Ia sebagai pendekatan kepada pelukis dalam menyelami kebebasan berkarya melalui Minda Merdeka dimana seorang pelukis boleh melukis apa sahaja yang ingin dilukis.
Pameran Minda Merdeka mengumpul sejumlah lebih dari 30 buah karya dari 20 orang pelukis yang berpengalaman. Antara pelukis yang terlibat adalah Aris Aziz, Ismail Baba, Shaarim Sahat, Suzlee Ibrahim, A.Zaki Hadri, Raduan Norudin, Kay Loo, Azman Nor, Sukeri Ibrahim, Tarmizi Mohd Dharus, Zakir Amir Md Derus, Abinaj Ain, Mohd Amirudin Rasid, Shamsuri Atan, Syuq Tone, Elliza Hashim dan Iszuan Ismail.
Pameran seni ini diharap dapat membentuk imaginasi, menyatukan fikiran dan berinteraksi melalui minda yang merdeka.
No comments:
Post a Comment