Tuesday, 12 May 2015

Watercolor: Sunday blues (Jalan Panggong, Petaling Street), warna yang saya gunakan...

Tajuk: Sunday blues (Plein air Jalan Panggong, Petaling Street)
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Walaupun agak penat 2 hari habiskan masa untuk aktiviti seni, tapi saya masih bersemangat... Inilah hasil plein air saya bersama Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur pada hari Ahad (10 Mei 2015) yang lepas. 

Sedikit kelainan kerana kali ni saya dapatkan view yang lebih dekat (close up) dan landskap potrait, cuba2 kalau tak jadi takpelah. Berbekalkan masa selama 2 jam dilapangan serta cuaca yang agak panas merupakan cabaran besar buat kami untuk hasilkan lukisan yang bersesuaian dengan suasana.

Saya kurangkan fokus pada langit bagi memastikan mata lebih tertumpu kepada subjek utama iaitu bangunan dan figure yang mewujudkan tajuk lukisan ini. Warna yang digunakan pada langit hanyalah sedikit ultramarine yang di campurkan dengan sedikit burn sienna (70% ultramarine 30% Burn Sienna). Sebelum warna ini kering, ambilkan sedikit crimson yang dicampurkan dengan sedikit ultramarine warnakan di bahagian bawah awan untuk menghasilkan kesan pembentukan awan. Walaupun dalam lukisan ni awan yang dihasilkan agak minimum, bukan bermakna kita perlu ambil mudah untuk hasilkannya...

Untuk lapisan pertama yang dipanggil ghost layer dari atas bangunan hingga ke hujung jalan, gunakan warna burn sienna 20% + yellow ochre 80%. Lakukan sapuan mengikut tona warna pada bangunan tersebut, wujudkan kesan rekahan cat serta tekstur batu bata pada bangunan. Sebelum ianya kering masukkan warna yang bersesuaian (red+burn sienna untuk tona bata) pada tempat tertentu untuk menaikkan lagi beberapa warna seperti panel pintu dan tingkap serta bayang pada bangunan...

Biarkan ianya kering sepenuhnya, barulah buat perincian pada tempat yang diperlukan...

Gelapkan sedikit di bahagian shadow dan bahagian hujung jalan, untuk hasilkan warna ini, hanya perlu bermain dengan ultramarine dan burn sienna juga masukkan sedikit warna ocre dan pale purple (resepi sendiri, hehehe) untuk memberi pandanga sejuk pada sudut tersebut...

Siap... jangan lupa signature

No comments:

Post a Comment