Sunday, 10 May 2015

Plein air Kajang, 9 Mei 2015, 9.00am-1.00pm...

Berbesar hati menerima kehadiran Mazuki Muhammad dan Sham Cni pelukis hebat dari Kelantan yang menginap di rumah saya sepanjang hujung minggu ni. Sebenarnya mereka datang untuk ke Majlis Perasmian Pameran Lambaian Kelantan 5 di City Art Gallery, Ampwalk. Disebabkan mereka datang lebih awal, so kami dari Gangsta Watakala jemputlah untuk ke sesi plein air di Bandar Kajang pada pagi Sabtu.

Alhamdulillah kehadiran agak memuaskan seramai 8 orang pelukis yang join sesi kali ni iaitu Hisham Salmin, Mazuki Muhammad, Sham Cni, Maroz Khuzaini, Wan Borhanudin, King Marul dan Iffat Haiqal. Sebagai permulaan kami berjalan menyusuri bandar mencari lokasi2 dan bangunan2 yang menarik sebelum start berplein air.

Kajang mood
Medium: Watercolor
Saiz: 38cm x 56cm

mereka hebat...

Hisham Salmin penuh tekun beraksi...

Bangunan yang menempatkan Galeri Warisan Kajang

Semasa berplein air, kami terserempak dengan Cikgu Lee yang juga merupakan pemilik Galeri Warisan Kajang dan ahli dalam Persatuan Pelukis Hulu Langat, hehe saya yang duduk di Bandar Baru Bangi sendiri pun tak tau kewujudan kumpulan ni...moga lepas ni terus keep in touch dengan mereka. Seterusnya selepas plein air, kami dijemput Cikgu Lee ke Galeri Warisan Kajang untuk melihat koleksi warisan Kajang termasuk lukisan2 dan lakaran2 yang berkaitan Kajang, awesome giler!!!...

Cikgu Lee...

Antara koleksi galeri ini, menarik bukan???oldskool sangat...

Koleksi kamera lama pun ada...

Selak pintu pun ada...

Sham Cni posing maut...

Perlakuan apakah ini???

Sesekali posing ala superpoyo >_<



No comments:

Post a Comment