tajuk: Red House, jln Tan Hiok Nee, JB
medium: watercolor
saiz: 38cm x 56cm
Winsor Newton/Daler Rowney wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
tajuk: Jln Ngee Heng, JB(hadapan The X-ray Specialist Clinic)
medium: watercolor
saiz: 38cm x 56cm
Daler Rowney/Winsor Newton wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper
Akhirnya sampai jugak ke JB dan
plein air bersama
Johor
Sketchers dan
Urban Skethers Singapore pada 18-19 April 2015. Terima kasih
Hisham Salmin atas pelawaan dan perancangan walaupun pada awalnya teringin bawa
seberapa ramai ahli
gangsta watakala turun ke JB. Hasrat tidak kesampaian,
hanya kami berdua ke sana.
Mungkin ini permulaan yang tidak mematahkan
semangat kami untuk terus berkarya plein air
kerana kami berkarya bukan atas dasar paksaan,
bukan untuk membuktikan sesuatu,
bukan kerana tiada masa untuk keperluan lain,
bukan kerana kami bebas ke mana sahaja,
bukan kerana tiada kerja,
bukan kerana idola atau sifu,
bukan kerana keuntungan,
bukan kerana pengaruh,
bukan kerana sesiapa,
Tetapi kerana kepuasan diri dan silaturrahim,
Itu sahaja…
Perancangan awal kami akan bertolak pada hari Sabtu jam 10
pagi, tetapi oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang kerana grup Johor
Sketchers dan Urban Sketchers Singapore akan berplein air pada jam 9 pagi di
Jalan Tan Hiok Nee, perancangan itu ditukar pada saat2 akhir dan kami bertolak
pada jam 4 pagi. Itu sebenarnya pengorbanan seorang pelukis sejati, chewahhh…
Mudah sebenarnya berkerja bersama Hisham Salmin kerana dia
seorang yang sangat menepati waktu walaupun waktu yang dirancang diluar
kemampuan dan kebiasaan. Maaf sebab tak dapat pergi dengan kereta saya
disebabkan belum service (over mileage), mungkin perancangan akan datang pergi
dengan kereta saya pulak.
Kami sampai ke
destinasi jam 8 pagi disambut mesra hero Malaya pelukis hebat Taib Aur dan COE
Johor Sketchers Hafizal Nordin. Walaupun 1st time jumpa Hafizal
Nordin, fuhhh bukan main mesra lagi mamat tu, hehehe terbaik bro, gurau je…
Lepas sarapan kali ke 2, kami terus dengan sesi plein air.
Untuk pengetahuan, plein air kali ni disertai 13 orang pelukis dari 2 negara
iaitu Urban Sketchers Singapore Mr. Tony Chua, George Huang, Tan Chit Seng,
Andrew Yeo, Johor Sketchers iaitu Hafizal Nordin, Taib Aur, Jaie Ramlee, Neil
Shah, Halim, Faiz Zainal dan Ariff Lokman dan kami berdua dari Gangsta
Watakala.
Plein air kali ni antara yang paling mencabar selepas Bagan
Lalang kerana kami terpaksa berdepan suhu yang agak tinggi dengan angin yang
agak lemah, tetapi langsung tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya. Sesi
ini tamat pada jam 12 tengahari dan kami terus kepada sesi bertukar pendapat
dan pengalaman serta makan2. Thanks Mr. George Huang belanja semua minuman
kami…
Jam 2 petang kami bersurai dan check in di Aman Sari
Hotel…penat hoihhh, Hisham Salmin terus dengan meeting keluarga, apa lagi rehat
la…
Petang tu Taib Aur bawak kami round2 Bandar JB, bersih dan
terurus bandar ni tapi nape orang jarang cerita pasal JB ek…asal paling bersih
je mesti Melaka, hehehe, sori la pasal kebersihan ni saya perati sikit.
Atas faktor gian pada 19 April, sekali lagi kami berplein
air sebelum bertolak balik. Plein air pagi ni lebih santai dan agak ramai
audien…memang terbaik…
Antara yang sampai awal
View yang akan dilukis
Panas hoihhh...
Apakah yang berlaku pada brother ni???aku buntu....
Bersama Jaie Ramlee (antara founder Johor Sketchers) merupakan illustrator buku Mat Luthfi, fuhhh hebat
Ini kami...
Hebat
Bertukar2 pendapat
Bersama Mr. Tony Phua...
Insaf...
Provokasi, cari gaduh...
Karya Mr. TA
Jln Tan Hiok Nee waktu malam, ada pasar karat lagi...
Plein air kedua di Jln Ngee Heng
Peminat, hehehe
Siap...