Sunday, 18 January 2015

Plein Air Kumpulan Gangsta Watakala di Kg. Baru, Kuala Lumpur

Tanpa 'Abang Besar Kawasan' Abey Zoul, hehehe...semangat ahli Gangsta Watakala tetap membara demi mempotretkan wajah Kg. Baru di atas kanvas lukisan. Kadang-kadang ia perlu bergerak tanpa perancangan rapi, masing-masing hadir secara sukarela dengan satu misi iaitu melakar sebanyak mungkin wajah-wajah Kg. Baru.

Sedang kami tercari-cari port terbaik untuk melakar, tetiba terserempak dengan pemilik rumah biru (tumpuan penggambaran filem dan drama), Mak Long yang nyata raut wajahnya ada seribu macam keresahan mendengar keputusan Fasa Pembangunan Kg. Baru yang telah dimuktamadkan. Biarpun janji untuk memberikan pampasan, mereka tetap takut janji sekadar janji yang tidak ditepati...apa pun boleh jadi...cuma perlu tunggu dan lihat...

Okeh berbalik kepada plein air session ni, Sabtu lepas yang dihadiri Hisham Salmin, King Marul, Kartunis Tembakau, Saya dan Abang Wan Borhanuddin. Plein air waktu pagi bertukar kepada sesi pembelajaran seterusnya sesi tawar menawar, hehehe


Gangsta yang cukup gangster


 Subjek pagi yang indah tetapi diganggu pihak Alam Flora yang buat pembersihan di lorong ni, hampeh kalau tak sketch lg memang dah lama caw...dalam banyak2 lorong boleh plak lorong ni yang dia pilih nak bersih, huhuhu


 Ada gaya pelukis berdaulat, hehehe


 Hebat 2 orang ni...


 final touch sebelum dipinang Abang Wan


 pen sketch skali...


 Sesi jual beli bermula...


2 orang ni buat bodoh je time nak balik, tak puas lagi agaknya, hehehe


No comments:

Post a Comment