Thursday, 29 January 2015

Watercolor: Alor damai Pantai Kelulut

Hampir 2 setengah jam masa nak siapkan lukisan ni...3 hari lepas dengan marathon lukisan bersaiz kecil, malam tadi cuba dengan saiz lebih besar. Alhamdulillah berjaya siap tanpa bertangguh, hehehe. Betul kata Faizal Zainal, buat wash ni memang best, langsung rasa tidak terkongkong sepertimana nak hasilkan sebuah lukisan realis...

Seperti kata Abey Zoul plak cari mana titik fokus utama dalam lukisan tu, selebihnya buat wash yang menggambarkan itu adalah cat air!!!...

Baik SIFU!!!... >_<

 Tajuk: Alor damai Pantai Kelulut
Medium: cat air@watercolor
Saiz: 37cm x 56cm
Schmincke + 300gsm Saunders Waterford WC paper




Sempat touch-up tadi sebelum pegi kerja >_<


Wednesday, 28 January 2015

Name card baru...

Dah berapa kali tangguh nak buat name card yang baharu sebab yang lama dah habis. Terima kasih sebab ada yang prihatin ingatkan untuk print out yang baharu, nasib baik ingat. Alang2 buat yang baharu, design pun baharu la, lebih simple dan yang paling penting dalam name card ni anda takkan jumpa alamat studio saya, hehehe

Yang baharu menggunakan 220gsm paper yang teksturnya seakan2 Arches Watercolor Paper, hmmm...agak menarik...


Yang lama tinggal 2 keping ni je...


Painting asal yang digunakan untuk name card kali ni...

Tuesday, 27 January 2015

Saiz mampu milik yang menarik...

Bila nak melukis lukisan yang besar-besar ni tak mampu, boleh jugaklah isi masa kosong dengan lukisan bersaiz lebih kecil. Bagi saya tetap menarik dan memberi inspirasi... 2 lukisan ni menggunakan Schmincke Watercolor dan kertas Saunders Waterford, kombinasi yang menarik...

tajuk: rehat di Kuala Besut
medium: watercolor
saiz: 19×28cm

tajuk: Pantai Marang
medium: watercolor
saiz: 19x28cm

Monday, 26 January 2015

30 Tahun Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM

Terima kasih Encik Zaidi yang buat tempahan ni, katanya akan dicopy kepada beberapa salinan untuk dijadikan cenderamata kepada mantan dan warga FKAB yang terpilih. 

Lukisan kali ni dihasilkan lebih detail atas permintaan Encik Zaidi sendiri, walaupun kecik tetapi mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketekunan yang tinggi.


Menggunakan Schminke watercolor di atas Bockingford WC paper, hasilnya memang seperti yang dijangka kerana kertas ni memang sesuai dengan semua teknik dan kawalan berus.

Atas permintaan untuk nampakkan suasana senja dan katanya akan diframekan menggunakan frame IKEA ni, hmm menarik...

Tajuk: Tasik kejuruteraan
Medium: watercolor
Saiz: A5++
Tahun: 2015


 Tajuk: Bangunan Pentadbiran & Akademik FKAB
Medium: watercolor
Saiz: A5++
Tahun: 2015



Tuesday, 20 January 2015

Terima kasih Prof. Che Husna untuk tempahan lukisan ni...

Terima kasih Prof. Dr. Che Husna dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM yang sudi menempah lukisan yang tak seberapa ni. Baru tahu yang Prof. peminat tegar watercolor, dan beberapa karya nama besar pelukis Kelantan dalam koleksi antaranya karya Maestro Mokhtar Ishak, Mazuki Mohamad dan ramai lagi. Semoga karya saya ini menyuntik lagi semangat Prof untuk konsisten sebagai private collector yang hebat. Lepas ni boleh join pameran koleksi daripada collector tanah air,hehehe

Prof bersama karya saya...


 Tajuk: Pantai Marang
Medium: Cat Air
Saiz: A2


Monday, 19 January 2015

Siri Jip Gila: Bakti



Siri Jip Gila
Tajuk: Bakti
Medium: Watercolor
Saiz: 56x76cm
Tahun: 2015








Sunday, 18 January 2015

Plein Air Kumpulan Gangsta Watakala di Kg. Baru, Kuala Lumpur

Tanpa 'Abang Besar Kawasan' Abey Zoul, hehehe...semangat ahli Gangsta Watakala tetap membara demi mempotretkan wajah Kg. Baru di atas kanvas lukisan. Kadang-kadang ia perlu bergerak tanpa perancangan rapi, masing-masing hadir secara sukarela dengan satu misi iaitu melakar sebanyak mungkin wajah-wajah Kg. Baru.

Sedang kami tercari-cari port terbaik untuk melakar, tetiba terserempak dengan pemilik rumah biru (tumpuan penggambaran filem dan drama), Mak Long yang nyata raut wajahnya ada seribu macam keresahan mendengar keputusan Fasa Pembangunan Kg. Baru yang telah dimuktamadkan. Biarpun janji untuk memberikan pampasan, mereka tetap takut janji sekadar janji yang tidak ditepati...apa pun boleh jadi...cuma perlu tunggu dan lihat...

Okeh berbalik kepada plein air session ni, Sabtu lepas yang dihadiri Hisham Salmin, King Marul, Kartunis Tembakau, Saya dan Abang Wan Borhanuddin. Plein air waktu pagi bertukar kepada sesi pembelajaran seterusnya sesi tawar menawar, hehehe


Gangsta yang cukup gangster


 Subjek pagi yang indah tetapi diganggu pihak Alam Flora yang buat pembersihan di lorong ni, hampeh kalau tak sketch lg memang dah lama caw...dalam banyak2 lorong boleh plak lorong ni yang dia pilih nak bersih, huhuhu


 Ada gaya pelukis berdaulat, hehehe


 Hebat 2 orang ni...


 final touch sebelum dipinang Abang Wan


 pen sketch skali...


 Sesi jual beli bermula...


2 orang ni buat bodoh je time nak balik, tak puas lagi agaknya, hehehe


Wednesday, 14 January 2015

Postcard Siri Jip Gila

Yang ni sambil2 study tone color yang sesuai tuk shadow, cari kelainan la katakan...Hari ni saya memang tak pakai ultramarine blue untuk hasilkan shadow, yang saya gunakan adalah cobalt blue dan Sennelier Orange (menggantikan burnt sienna). Hasilnya agak menjadi, lepas ni boleh la jimatkan ultramarine & burnt sienna, hehehe





Siri Jip Gila
Tajuk: Tersadai
Medium: Watercolor
Saiz: Postcard
Tahun: 2015


Tuesday, 13 January 2015

Watercolor: Potret Tun Dr. Mahathir

Potret ni dihasilkan sempena lawatan mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PROTON ke Institut Sel Fuel pada 12 Januari 2015.


Posing sikit

Sangat simple langkahnya, yang penting perlu ada skill mengawal berus dan warna...









Siap, nak cerita lebih pun mesti korang tak baca kan, so tengok sambil menghayati jela >_<











Monday, 12 January 2015

Terima kasih SELFUEL, terima kasih Tun Dr. Mahathir bin Mohamad...

Walaupun kecil peranan dan sumbangannya, tapi tetap dihargai mereka yang faham erti seni... Terima kasih Prof. Dato' Ir. Dr. Wan Ramli yang menerima cadangan dan memberi peluang untuk saya hasilkan potret Tun. Dr. Mahathir. Terima kasih juga kepada SELFUEL khususnya Prof. Dr. Abu Bakar, bos yang sangat memahami...

Tun cakap "Saya suka, terima kasih"...


 Mereka yang faham akan cuba memberi penerangan tentang seni dan latar pelakang saya, itu membuatkan saya sangat tersentuh, terima kasih!!!






 Potret Tun yang disiapkan dalam masa 3 jam


Posing dulu, hehehe

Sunday, 11 January 2015

Plein air: Sambil kayuh di Putrajaya, 11 Januari 2015

Sambil2 kayuh boleh jugak siapkan sketch 1 2...biasanya jika awal pagi yang langsung takde shadow, saya akan buat lakaran menggunakan pen, simple lakaran bersaiz kecil. Bila matahari dah naik barulah boleh buat wc sketches...









Plein air: Sambil kayuh di FRIM...

Pada mulanya nak join Gerald Chong plein air sekitar FRIM sabtu lepas, tapi hajat tu terpaksa dibatalkan coz terlupa yang hari tu sepatutnya ambil plat yang ditempah di kedai cenderamata di Bangi. Biasa Sabtu kedai macam ni buka sampai kul 1 je...Group Gelard pun start agak lewat terpaksa lah balik dulu,huhu sori geng...

Apapun sempat jugaklah buat sketch di awal pagi. Sampai di FRIM dalam kul715 pagi, fuhhh... memang best dan nyaman, macam duduk kat kampung cuma bezanya sini takde kabus pagi...







 yang penting Gangsta Watakala mesti ada

Hasilnya