Monday 22 December 2014

Singgah di Endau Art Gallery milik Pak Usop...

Pertama kali melangkah ke studio Pak Usop terasa karya sendiri sangat kerdil berbanding apa yang telah diusahakan Pak Usop bertahun lamanya. Usaha gigih Pak Usop sebenarnya sudah terbayar walaupun tanpa publisiti, politik dan kipas mengipas. Saya memang kagum dengan Pak Usop yang tidak pernah bergantung harap dengan sesiapa pun untuk maju ke hadapan. 

Pertama kali jumpa Pak Usop semasa beliau hadir ke majlis perasmian pameran solo saya di UKM oktober lepas, Pak Usop memang peramah dan mudah didekati, walaupun agak tegas dengan pendiriannya jika berkaitan bidang seni lukis.

Lebih 600 karya disimpan di Endau Art Gallery, fuhh memang banyak, Pak Usop juga mengoffer ruang untuk saya berkarya di studionya jika ada kelapangan, maklumlah 300m je dari rumah, hehe, In Shaa Allah peluang ni takkan disia2kan sebab sebelum ni pun memang teringin nak belajar oil painting, cuma ruang di rumah agak terhad...

Terima Kasih juga kepada Pak Usop sudi beli karya yang tak seberapa...


 Antara Karya Pak Usop





 Sori hero saya memang langsung tak boleh dengan orang lain, hehehe


 Antara karya lama Pak Usop





 Pak Usop mungkin satu2 pelukis yang mempunyai paling banyak signature dan boleh dikenalpasti mengikut tahun yang berbeza, hebat!!!!

No comments:

Post a Comment