Dalam page kali ni banyak nak bercerita tentang Haji Mokhtar Ishak yang saya bahasakan dirinya sebagai Cikgu Ta. Teruja untuk bertemu beliau, saya telah ke Kota Bharu pada 1 Mei yang lepas. Ditemani pelukis cat air Kelantan Mazuki Mohamad dan Pok Nik, saya akhirnya dapat berkunjung ke rumah Cikgu Ta. Studio mini Cikgu Ta dipenuhi hasil lukisannya sendiri dan terdapat satu karya Khalil Ibrahim. Dari situ saya dapat gambarkan keakraban hubungan 2 maestro ini. Walaupun pertama kali berjumpa Cikgu Ta, layanan yang diberikan seolah-olah sudah lama beliau mengenali saya.
Dalam pertemuan singkat ni Cikgu Ta banyak bercerita pengalaman dan detik pahit manis beliau berkarya lebih 40 tahun. Cerita beliau banyak disulami nasihat kepada pelukis2 baharu seperti saya supaya tidak mudah berputus asa dalam berkarya. Berkaryalah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu kerana sesuatu itu akan hadir bila hadirnya keikhlasan dalam diri kita...
Sebelum meninggalkan rumah Cikgu Ta, saya sempat juga beli 3 keping lukisan beliau. Saya hadiahkan juga 1 lukisan sebagai kenangan...
Cikgu Mokhtar Ishak bersama anugerah Tokoh Pelukis Kelantan, disamping Maestro Khalil Ibrahim
DYMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid berkenan menghadiri Majlis Perasmian Art Expo Kelantan 2014 dan menyampaikan Anugerah Tokoh Pelukis Kelantan.
Kredit gambar: Aminah Abd Rahman
telah pergi meninggalkan kita semua, innalillahiwaiinailaihirojiun. alfatihah
ReplyDelete