Bukan senang nak uruskan sebuah pameran yang melibatkan VVIP dengan bantuan yang sangat minima. Hampir 90% kerja dan kos sendiri demi merealisasikan tema yang diinginkan. kata solo kan >_<. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sangat mengambil berat dan yang paling terharu ialah respon positif Dato' Rosol Wahid yang sentiasa membantu sekiranya diperlukan, Dr. Hafiz (Pegawai Khas YB. Menteri) dan En. Danial (SU Akhbar YB. Menteri) serta Puan Zaiton (Pusat Kebudayaan Universiti) yang sangat banyak membantu memudahkan kerja.
Idea mengadakan pameran ni sebenarnya dicetuskan oleh Tuan Hj. Zanudin (Pengurus Kanan, Pusat Strategi-UKM) dikembangkan setelah mendapat respon positif Puan Zaiton sendiri. Memang dah lama berangan nak adakan pameran solo pertama sebelum umur 30 tahun, jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin dan Alhamdulillah ibarat mimpi menjadi kenyataan.
Antara individu yang sentiasa positif dengan tindakan saya ini ialah isteri saya sendiri Wawa, sepupu, Wan Zain (Pokjen) dan Noor Anzam (Abg Azam) serta sahabat WASG. Sokongan mereka sentiasa menguatkan usaha untuk jadikan pameran ini yang terbaik. Terima kasih daun keladi... :-)
Nafas seterusnya...
salam hangat dari kami ijin menyimak gan, dari kami pengrajin jaket kulit
ReplyDelete