Sesi bertukar karya...
Karya-karya cat air Tuan Faizal sangat menarik dan impressionist membuatkan sesiapa pun teruja termasuklah saya sendiri. Bila tengok semua lukisan yang ada terasa nak join kelas lukisan Tuan Faizal, tapi masalah utama adalah masa kerana kebanyakan masa hujung minggu saya dipenuhi jadual yang tak menentu (takde planning masa sangat la, adhoc punya keje ni). Bagi rakan-rakan yang berminat sangat mengikuti kelas lukisan ni boleh terus ke Studio Jomlukis bertempat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...
Sebahagian koleksi karya cat air Tuan Faizal, yang saya pegang tu paling saya suka.
Gambar-gambar di atas adalah proses sistem barter yang sedang berlangsung di Studio Jomlukis, hehehe
No comments:
Post a Comment