Tuesday, 11 February 2014

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi WC

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi WC 

Semuanya kerana Taib Aur (pelukis terkenal yang memperkenalkan coptic stitch binding sketchbook ni)...hehe, betul juga kata Taib Aur, bila dah buat sendiri buku ni kita akan hargai lebih dari yang lain...so di bawah ni saya buatkan sendiri tanpa bantuan tutorial sebab google punya google tak jumpa, rupanya keywordnya adalah coptic stitch binding itu pun dapat tahu dari brader Taib Aur kita...

Terima kasih sifu yang telah mewujudkan idea ini...


 Coptic Stitch Binding Sketchbook 


Reference saya adalah koleksi buku lama yang saya simpan

Untuk dapatkan saiz terbaik, saya belikan Bockingford WC paper bersaiz A2 yang akan dipotong 8 bahagian menggunakan pisau.

Lepas potong kepada 8 bahagian, gunakan paper cutter untuk membuat kemasan penjuru

Susun mengikut pilihan sendiri, saya buat susunan 3 helai 1 bahagian

Untuk cover, saya menggunakan mounting board yang dah tak digunakan lagi, balutkan ia menggunakan pembalut yang sesuai mengikut kreativiti sendiri.

 Gunakan benang dan saiz jarum yang sesuai.

Maaf, untuk teknik ikatan ni saya tak sempat nak tunjukkan maklumlah tangan ada 2 je,hehe. Tapi boleh refer link di bawah ni



 Ok dah siap



No comments:

Post a Comment