Thursday 2 January 2014

Sisi berbeza orang seni...


Rasa terpanggil untuk memberi ulasan berkaitan perbezaan antara orang seni (minat seni) dan orang biasa. Apakah perbezaan yang paling ketara???... sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni ni banyak juga karenah rakan-rakan dan orang luar yang memberi komen tentang hasil seni pelukis dalam dan luar negara, termasuk hasil lukisan saya sendiri. Ada yang positif dan ada yang negatif. 

Pernah tak dengar orang komen "kenapa dia lukis macam ni???tak real la macam lukisan budak2 je", "tak cantik lah, aku lukis lagi cantik", "buruknya lukisan dia,macam ni pun boleh jadi pelukis ke?", macam-macam lagi kalau nak tulis sampai esok pun tak habis lagi...

Anda rasa berapa harga lukisan di bawah ni???

Onement VI oleh Barnett Newman
USD$22.4 juta

Jadi jangan la cuba menilai hasil karya seseorang kerana kita belum tahu sejauh mana kemampuan karya mereka boleh pergi. Mungkin 50 tahun atau 100 tahun lagi nilainya boleh mencecah angka yang tak pernah kita fikirkan, bukan harga yang dicari tapi nilai dan kekuatan karya yang akan diingati, 2 perkara ini lah yang membuatkan kita disanjung sebagai orang seni yang berwibawa... 


Untuk sahabat-sahabat pelukis, perlu ingat satu perkara, simpanlah dan hargai hasil karya anda walaupun yang dihasilkan itu hanya contengan hodoh yang tiada apa-apa makna kerana itu adalah kekuatan anda...

Buat rakan-rakan yang meminati seni, cuba faham konsep lukisan pelukis seperti kami, luangkan sedikit masa mencari maklumat berkaitan seni sebelum membeli hasil lukisan kami...kami tidak mahu anda tertipu dengan definisi kami...kerana mungkin definisi atau pandangan anda mungkin ketara bezanya. 


*#cuma pendapat saya sahaja

No comments:

Post a Comment