Monday, 22 December 2014

Singgah di Endau Art Gallery milik Pak Usop...

Pertama kali melangkah ke studio Pak Usop terasa karya sendiri sangat kerdil berbanding apa yang telah diusahakan Pak Usop bertahun lamanya. Usaha gigih Pak Usop sebenarnya sudah terbayar walaupun tanpa publisiti, politik dan kipas mengipas. Saya memang kagum dengan Pak Usop yang tidak pernah bergantung harap dengan sesiapa pun untuk maju ke hadapan. 

Pertama kali jumpa Pak Usop semasa beliau hadir ke majlis perasmian pameran solo saya di UKM oktober lepas, Pak Usop memang peramah dan mudah didekati, walaupun agak tegas dengan pendiriannya jika berkaitan bidang seni lukis.

Lebih 600 karya disimpan di Endau Art Gallery, fuhh memang banyak, Pak Usop juga mengoffer ruang untuk saya berkarya di studionya jika ada kelapangan, maklumlah 300m je dari rumah, hehe, In Shaa Allah peluang ni takkan disia2kan sebab sebelum ni pun memang teringin nak belajar oil painting, cuma ruang di rumah agak terhad...

Terima Kasih juga kepada Pak Usop sudi beli karya yang tak seberapa...


 Antara Karya Pak Usop





 Sori hero saya memang langsung tak boleh dengan orang lain, hehehe


 Antara karya lama Pak Usop





 Pak Usop mungkin satu2 pelukis yang mempunyai paling banyak signature dan boleh dikenalpasti mengikut tahun yang berbeza, hebat!!!!

Sunday, 21 December 2014

Lakaran: Sambil-sambil...

Musim cuti sekolah ni amat mencabar untuk hasilkan lukisan...masa banyak dihabiskan untuk keluarga. So lakaran ringkas la penyelamat bagi memastikan senilukis terus dimartabatkan, chewah... Genap setahun buku lakaran ni berkhidmat, berbaki 3 page lagi yang kosong, In Shaa Allah akan jadi buku rujukan dan bahan arkib lepas ni.

Semua lakaran di bawah dihasilkan menggunakan 0.4 Faber-Castell Ecco Pigment Permanent Pen, Daler Rowney WC dan 190gsm Bockingford WC paper yang telah dibukukan.

Lakaran2 lain dalam buku ni juga boleh dilihat melalui entry sebelum ni...



















Sekitar Majlis Perasmian Pameran Solo #1 BoGa, 13 Disember 2014

Rasanya tak terlambat nak mengupload gambar2 yang sempat dirakam sekitar Majlis Perasmian Pameran Solo #1 BoGa, 13 Disember 2014 lepas. Sekalung tahniah kepada Cikgu BoGa & the team especially PeRUPA yang berusaha dan bertungkus-lumus memastikan seni berada di hati rakyat marhaen seperti kami...































Monday, 15 December 2014

Watercolor Sketches: Pekan Bangi & Cameron Highland

Walaupun sibuk dengan kerja lain semenjak 2 menjak ni, alhamdulillah malam td sempat juga luangkan masa lepaskan gian melukis walaupun sekadar lakaran ringkas...

 Ladang Teh BOH, Sg. Palas, Cameron Highland


 Jip Giler dan Istirehat warga emas Pekan Bangi...

Nama jip giler ni sebenarnya diletakkan secara spontan bukan sebab jip atau pemandu yang gila tapi saya teruja sebab tengok kumpulan jip ni yang sememangnya unik dan hanya terdapat di C.Highland... bukan tempat lain tak ada jip ni tapi identiti dan perwatakannya membuatkan jip CH ni berbeza dengan tempat lain...sifat uzur yang amat memang menarik minat untuk explore tentang jip CH ni...In Shaa Allah tak lama lagi bakal ada lukisan 'Siri Jip Giler', hehehe

Sunday, 7 December 2014

Jom ke Pameran Solo #1 BoGa (Abdul Rahman Jaafar)

Tengok pada poster dan teaser photo memang dah menarik, tarikh perasmian tu clash dengan jadual plak, In Shaa Allah akan cuba luangkan masa untuk sekurang-kurangnya datang ke pameran lukisan Cikgu BoGa ni. All the best Cikgu BoGa...






Sentuhan Warna & Air bersama Prof. Jai

Sabtu lepas Prof. Jai berbesar hati untuk datang melawat ke Pameran Sentuhan Warna & Air. Sambil menyelam minum air, so kami tak lepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman dan tips untuk terus berkarya... Terima kasih bebanyak Prof. !!!














Wednesday, 3 December 2014

Tahniah kepada Pemenang Pertandingan Lukisan Cat Air Ekspresi Selangor

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Lukisan Cat Air Ekspresi Selangor, especially kepada Sidi AR (Juara), Adlan (Kedua), Hisham Salmin (Ketiga), Abey Zoul dan Maroz Khuzaini (Saguhati)  mewakili gangsta watakala yang telah mendominasi senarai pemenang pertandingan kali ni. SYABAS!!!!...

Maaf tak dapat hadir, busy kat office, hehehe






Tuesday, 2 December 2014

Watercolour: Bekas tapak stesen bas, stesen teksi dan beca Kuala Terengganu yang telah dirobohkan atas nama pembangunan...


Tajuk: Stesen bas dan teksi Kuala Terengganu
Medium: Cat air
Tahun: 2014
Saiz: A4


Teringat masa kecik2 dulu ketika Stesen bas ni masih lagi beroperasi, kelihatan beberapa kumpulan penjaja kecil dibalik tiang2 dan tembok2 sekitar cuba menarik perhatian orang yang lalu lalang. Penarik beca yang bebas mengayuh membawa penumpang ke destinasi yang dituju, ada juga yang sedang berehat melepaskan lelah setelah lama berkayuh. Bas2 dan teksi2 yang sarat membawa penumpang keluar masuk, suasana yang bagai tiada penghujung. Itulah suasana di Stesen Bas Lama Kuala Terengganu suatu ketika dahulu, tetapi kini telah tiada buat selama-lamanya. Stesen ini telah dirobohkan kononnya untuk memberi laluan kepada kerja2 pembangunan. 

Warisan Kampung Cina boleh dipertahankan, kenapa tidak yang lain??? Mudahnya kita membuat keputusan untuk menidakkan warisan ini untuk terus dipelihara, sekurang2nya biarlah jadi seperti Negara Eropah yang sangat2 menghargai warisan dan tinggalan nenek moyang mereka. Janganlah kita bermegah dengan warisan yang hanya boleh dilihat di muzium2 sahaja, semakin hari kita terus dihimpit pembangunan yang tidak berkesudahan, sedangkan kalau dilihat masih banyak lagi tanah2 yang sesuai untuk dibangunkan....

Sunday, 30 November 2014

Sekitar Majlis Perasmian Pameran Sentuhan Warna & Air, 29 November 2014, jam 11 pagi

Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian Pameran Sentuhan Warna & Air, 29 November 2014, jam 11 pagi, terima kasih yang sudi hadir...






























Tuesday, 25 November 2014

Pameran dan Jualan Sentuhan Warna & Air (16November - 25 Disember 2014)...

Pameran dan jualan ini sedang berlangsung di Galeri Seni, Aras 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis perasmian akan diadakan pada 29 November 2014 (Sabtu) Jam 11.00 pagi. Semua rakan-rakan pelukis dan peminat lukisan cat air di jemput hadir. 

2 Karya saya dipamerkan dalam pameran kali ni...







Thursday, 20 November 2014

Abstract Watercolor untuk hiasan rumah

Beberapa keping kertas lukisan jenama Saunders Waterford 300gsm yang kurang sesuai digunakan kerana kadar serapan air yang kurang sesuai dengan teknik saya. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kertas ni saya gunakan untuk hasilkan abstract watercolor. Hasilnya memang diluar jangkaan, memang terbaik dan sesuai untuk hiasan ruang tamu yang masih lagi kosong, hehehe...satu lagi eksperimen yang berjaya...


Tajuk: Surface
Medium: Cat Air@Watercolor
Saiz: 56x76 cm
Not Available


Disebabkan frame dan abstrak berwarna agak terang, mounting board asalnya putih susu jadi sangat putih. So lainkali kena guna mounting yang lebih gelap...