Wednesday, 5 June 2013

Hari ini genap SETAHUN bersama...


Alhamdulillah genap setahun melukis lukisan cat air (watercolour). Bermula dengan membantu isteri siapkan assignment, melangkah perlahan-lahan mempelajari teknik lukisan air dengan lebih serius...dan hari ini alhamdulillah setahun sudah diberi peluang oleh Nya untuk terus berada dalam bidang ini.

Kita perlu tahu bahawa takut dan tiada keyakinan diri untuk mencuba sesuatu akan membuatkan kita rugi selamanya. Dia telah membuka ruang dalam kehidupan hambaNya, sesiapa sahaja yang Dia mahu...dan melalui beberapa asbab, maka kita mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah kita impikan. Kelebihan yang diberikanNya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa melanggar batas dan hukum, istiqamah dan terus belajar mampu membuahkan kejayaan sehingga hari ini, insyaallah dengan izinNya hingga ke masa-masa akan datang.

Sebenarnya saya tiada langsung latar belakang pendidikan seni yang formal sejak kecil, tetapi keinginan untuk melukis telah terbit semenjak tadika lagi. Pernah menyertai pertandingan-pertandingan kecil sehingga la ke peringkat daerah. Selepas ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti, bakat yang diberikan tidak langsung dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggalah ditahun akhir pengajian, saya cuba berjinak-jinak dengan menerima tempahan mural di sekolah-sekolah di Terengganu. 

Untuk lebih serius dengan watercolour ni, saya telah merujuk beberapa sumber yang besar dan efektif seperti youtube dan blog-blog watercolour bagi teknik-teknik campuran warna yang sesuai serta kesan yang lebih realistik. Selain itu, ramai juga rakan-rakan facebook yang membantu dari segi perkongsian hasil karya mereka di wall masing-masing. Sikap peramah berkongsi idea membuatkan saya lebih senang untuk terus berada dalam bidang ini. Juga tidak dilupakan bagi yang berkongsi dan membenarkan gambar yang diambil mereka dilukis dan dipotretkan oleh saya, moga lebih banyak lagi gambar yang menarik selepas ini.

Gambar di bawah dikongsi sepanjang saya melukis cat air selama setahun ini (tidak termasuk gambar-gambar yang tidak dibenarkan pelanggan)...


No comments:

Post a Comment