Pikir&Lukis: Pasang Surut...
Gabungan antara 2 gambar dan sedi...: Pasang Surut... Gabungan antara 2 gambar dan sedikit imaginasi dalam menyusun objek untuk menghasilkan satu pemandangan yang sesua...
Monday, 30 July 2012
Pasang Surut...
Gabungan antara 2 gambar dan sedikit imaginasi dalam menyusun objek untuk menghasilkan satu pemandangan yang sesuai dan tidak terlalu sarat. Antara hasil lukisan air yang lain dari lukisan sebelum ni...
Dedikasi : https://www.facebook.com/jue.wan.33
Tuesday, 24 July 2012
Tutorial Black Persona
1. Amik air sisa cuci berus, gunakan untuk lapisan pertama. Kaedah ni biasa pelukis guna selain boleh jimatkan cat, hehe. Bagi menampakkan kesan sikit, bancuhkan warna coklat (refleksi tanah pada bumper dan pintu...
2. Lapiskan dengan air cucian berus tadi...
3. Gunakan cat hitam yang dibancuh cair...tinggalkan kosong bagi bahagian yang reflek cahaya...
4. Cat bahagian rim dan tayar.
5. Bancuhkan beberapa tona warna coklat dan cat bahagian tanah.
6. Buat kemasan dengan berus yang halus menggunakan warna putih...
Monday, 23 July 2012
Black Persona
Akhirnya termakbul juga hajat untuk jadikan kereta sebagai salah satu bahan dalam lukisan, bereksperimen dengan kereta sebagai objek dalam lukisan bukannya senang sebab kita perlu mahir asas lukisan geometri, hehe...
Harap lukisan ni jadi pendorong untuk saya kekal sebagai seorang pelukis...
Sunday, 22 July 2012
Friday, 20 July 2012
P&L: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia... Ini ...
P&L: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia...
Ini ...: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia... Ini ada antara 50 lukisan air tercantik di dunia, harap-harap lukisan saya setanding l...
Ini ...: Antara 50 lukisan air tercantik di dunia... Ini ada antara 50 lukisan air tercantik di dunia, harap-harap lukisan saya setanding l...
Thursday, 19 July 2012
Antara 50 lukisan air tercantik di dunia...
Ini ada antara 50 lukisan air tercantik di dunia, harap-harap lukisan saya setanding lukisan meraka, sekiranya tidak saya amat berharap suatu hari nanti saya mampu menghasilkan lukisan air yang terbaik...amin...
Bouquet in the window
Clare
Neko-gato
1958 Corvette
Marilyn Schutzky
HollyLL
Semua paparan gambar diambil dari: http://www.smashingmagazine.com/2009/12/09/50-beautiful-watercolor-paintings/
Gunung Kinabalu dalam kenangan...
Gunung Kinabalu yang terletak
di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi
Kepulauan Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari
aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di
Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881
m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter)
dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu
jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung
Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah
kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di
plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora dan Puncak
Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian
mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung
kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak
Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak
tertinggi di Oceania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap
sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian
“Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua
Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai
kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan
hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Rujukan peta: http://cuti-cutimalaysia.net/mt-kinabalu-package/climb-mt-kinabalu-3d-package-via-mesilau-trail/
Terdapat 2 laluan pendakian ke puncak Kinabalu, iaitu melalui Mesilau dan Timpohon. Laluan Mesilau adalah lebih panjang dianggarkan lebih 2 KM berbanding laluan Timpohon. Laluan Mesilau sedikit santai jika dibandingkan dengan laluan Timpohon, tambahan para pendaki dapat menikmati pemandangan gunung yang sangat indah. Terdapat juga air terjun serta jambatan gantung sepanjang laluan ini.
Laban Rata
Pemandangan dari ketinggian 3776M@~KM7
Pemandangan Mesilau Trail
Pekan Kundasang
Sayonara Kinabalu...
Subscribe to:
Posts (Atom)