Monday, 11 December 2017

Lama mengidam nak ada Mat Cutter sendiri

Setiap kali lukisan watercolor siap benda yang paling penting untuk menaikkan lagi seri lukisan adalah mounting board. MB bertindak sebagai bingkai awal untuk mendapatkan fokus sebenar lukisan yang dilukis. 

So saya berpendapat mat cutter ni sangat membantu memandangkan harga mounting board yang agak tinggi dipasaran.


 Pergi ke ArtFriend Pavillion semata-mata nak beli benda ni sambil bawak anak-anak naik MRT

 Memudah dan mempercepatkan kerja


Plein Air sempena Festival Warisan Kajang

Hampir 2 minggu lepas Gangsta Watakala menerima jemputan dari Cikgu Lee (Kim Sin Lee), Pengarah Pusat Warisan Kajang untuk mengadakan aktiviti plein air di Jalan Mendaling, Kajang sempena Festival Warisan Kajang. Alang-alang dekat sangat dengan rumah, saya terus menyatakan persetujuan lagipun dah 4 kali plein air di kajang tapi tetap tak puas.

Pada hari festival berlangsung, hanya saya dan Hisham Salmin yang dapat join mewakili GW dan Yed (Ahmad Farid) ke Prescott Kajang untuk menghadiri Seminar Sejarah dan Warisan Kajang salah satu aktiviti yang berlangsung sempena festival ni. Selain GW, plein turuk dihadiri kumpulan KL Sketchers yang diketuai oleh Mr. Cheng Peng Sia. Sifu Chin Kon Yit juga hadir memeriahkan suasana bersama-sama Yeng Pen Sim, Venoo Muniandi, Artify Goh, Haniza Harun dan ramai lagi.

 Bersama Sifu Chin Kon Yit dan Mr. Venoo

 Bersama Artify Goh, Sifu Chin Kon Yit, Yeng Pen Sim dan Hisham Salmin

 Terjual di lokasi kepada Mr. Loh

 Jalan Mendaling

Hasil plein air



Demo Watercolor di Kuala Lumpur Orchid & Bonsai Show 2017, Taman Pudu Ulu, Cheras


Hujung minggu dengan jadual yang agak padat dengan aktiviti lukisan. Bermula dengan hari sabtu yang lepas saya dijemput bersama-sama rakan Gangsta Watakala untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman mengenai cat air kepada peserta yang hadir ke KLOBS 2017. 

Aktiviti bermula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan BOSS Perupa (Persatuan Seni Rupa Malaysia). Seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan plein air yang telah diadakan pada 2 Disember yang lepas. Pemenang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Dewasa, Menengah dan Rendah. Tahniah kepada pemenang pertama kategori dewasa dimenangi oleh Sahabat saya Encik Ooi Eng Wah, kategori menengah dimenangi oleh adik Amir Zhariff Firdaus bin Rahman dan peringkat rendah dimenangi oleh adik Choong Bee Yee.

Aktiviti diteruskan dengan perkongsian pengalaman oleh Abey Zoul, Sidi AR, Hisham Salmin dan saya sendiri. Penerangan mengenai peralatan yang digunakan dalam cat air oleh Wan Borhanuddin, dan diakhiri dengan demo cat air oleh saya sendiri.

 Perkongsian pengalaman oleh Gangsta Watakala

Saya melakukan demo cat air dan penerangan oleh Hisham Salmin mengenai subjek, penggunaan warna dan teknik yang digunakan.

Hasil demo

Kategori dewasa: Ooi Eng Wah

Kategori Menengah: Amir Zhariff Firdaus Rahman

 Kategori Rendah: Choong Bee Yee





Monday, 4 December 2017

Vespa

Patina is gold (Vespa)
Watercolor
56cm x 76cm

Saya mula berminat untuk menghasilkan lukisan sebegini sejak tahun 2016, selain memberi kepuasan terhadap subjek yang dihasilkan lukisan ini memberi makna tersendiri kepada pemilik motosikal. Bagi mereka penghayatan yang lebih terhadap lukisan yang dihasilkan dengan karat (patina), mungkin kerana sesuai dengan lumrah kehidupan manusia ada yang baharu dan ada yang lama, dan sememangnya yang lama dianggap emas dan disanjung. 


Sunday, 3 December 2017

Affordable Painting...

 Lukisan bersaiz kecil ni sesuai digantung secara berjemaah didinding, hehehe

Siap beserta frame, sebahagiannya dah pun terjual

 Perbandingan saiz

 Suzuki GP100

 Lambretta

 Honda C70

Vespa

Sebelum diframekan





Jom ke Pameran Jualan & Demonstrasi, Persatuan Pelukis Terengganu





Gangsta Watakala di Motonation 2017



Usaha lebih baik dari sekadar mengeluh menanti rezeki datang bergolek, Alhamdulillah tak sia-sia kerja berpasukan lebih-lebih lagi dengan kumpulan yang paling lama saya bersama dari awal penubuhan, Gangsta Watakala nama yang tak asing dalam dunia Cat Air. Perancangan sejak awal tahun 2017 membuahkan hasil yang memberangsangkan dengan komitmen rakan-rakan yang di ketuai Ryzal Mysran yang sentiasa positif dan bersemangat. Terima kasih kepada sahabat yang menyertai Hisham Salmin, Aziezan Ahmad, Padi Razak & Kawan2, Abey Zoul, Sany Misnan dan Ridzuan Nuruddin.

Motonation 2017 merupakan acara tahunan yang hampir menyerupai Autoshow menghimpunkan gergasi automotif dan vendor yang mempromosikan produk mereka. Gangsta Watakala amat berbesar hati menerima pelawaan menyertai pameran dan jualan ini. Terima kasih kepada organizer yang bertungkus lumus menjayakan pameran ini.

 Booth Gangsta Watakala yang tak putus menerima kunjungan. Jualan, tempahan sangat memberangsangkan.

 Dah parkir kat depan booth, 3 hari pulak tu terliur juga nak pakai apakan daya rumah ada 4 bijik lagi tak habis bayar >_<

Jumpa sahabat lama di UiTM Shah Alam, Fikri & Isterinya yang bekerja di PICC

 Pembakar semangat

Ayah sibuk berbengkel, anak sibuk 

Puas hati dengan 2 Porsche, tapi lesen tak ada lagi

Bengkel watercolor

Simple Demo

Hasil dari bengkel Watercolor, sebahagian lagi peserta tak sempat bergambar bersama.

Terima kasih AminD sudi beli original artwork

Terima kasih Ah Guan sudi beli original artwork

Lukisan-lukisan yang dipamerkan untuk jualan




Wednesday, 15 November 2017

Line Sketching...

Tractor


 Honda C70

 Mini Cooper

 Fiat 500

Lambretta 125


Tuesday, 14 November 2017

Semoga selamat sampai ke destinasi

Kali pertama menyertai Watercolor Festival anjuran IWS UAE, semoga lukisan ini selamat sampai ke destinasinya.

𛲡𛲡



Monday, 13 November 2017

Sunday, 12 November 2017

Kenangan 4: Plein air Tasik Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia




ArtPod oleh Balai Seni Negara & EuGrow Holdings


Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara yang menjemput Gangsta Watakala ke booth pameran dan jualan yang di adakan pada 11-12 November 2017 bertempat di Sunway Putra Mall. Pelbagai booth disediakan antaranya lukisan, kraftangan, sculpture, pakaian, khat dan sebagainya. 

Tidak ketinggalan, aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran UNEH, Raja Pensil Warna yang sama-sama berbengkel di sana.

Saya sempat hadir hari pertama sahaja, hari kedua ada kerja yang tak dapat dielakkan.

Hasil demo selama hampir 2 jam, Tanjung Malim, 31cm x 41cm

Booth Gangsta Watakala

Ahli GW yang hadir Aly Marzuki, Fadzli Zakaria, Aziezan Ahmad, Azmannor

Saudara Azmi Sulong juga datang memberikan sokongan

Tahniah Abey Zoul, original printing dan fridge magnet banyak terjual, TERBAIK!!!

Tahniah Aziezan Ahmad, 3 keping lukisan original terjual

Semoga Gangsta Watakala terus maju dan berjaya.