Sunday, 30 November 2014

Sekitar Majlis Perasmian Pameran Sentuhan Warna & Air, 29 November 2014, jam 11 pagi

Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian Pameran Sentuhan Warna & Air, 29 November 2014, jam 11 pagi, terima kasih yang sudi hadir...






























Tuesday, 25 November 2014

Pameran dan Jualan Sentuhan Warna & Air (16November - 25 Disember 2014)...

Pameran dan jualan ini sedang berlangsung di Galeri Seni, Aras 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis perasmian akan diadakan pada 29 November 2014 (Sabtu) Jam 11.00 pagi. Semua rakan-rakan pelukis dan peminat lukisan cat air di jemput hadir. 

2 Karya saya dipamerkan dalam pameran kali ni...







Thursday, 20 November 2014

Abstract Watercolor untuk hiasan rumah

Beberapa keping kertas lukisan jenama Saunders Waterford 300gsm yang kurang sesuai digunakan kerana kadar serapan air yang kurang sesuai dengan teknik saya. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kertas ni saya gunakan untuk hasilkan abstract watercolor. Hasilnya memang diluar jangkaan, memang terbaik dan sesuai untuk hiasan ruang tamu yang masih lagi kosong, hehehe...satu lagi eksperimen yang berjaya...


Tajuk: Surface
Medium: Cat Air@Watercolor
Saiz: 56x76 cm
Not Available


Disebabkan frame dan abstrak berwarna agak terang, mounting board asalnya putih susu jadi sangat putih. So lainkali kena guna mounting yang lebih gelap...



Tuesday, 18 November 2014

Lakaran pen dan cat air: Basikal tua, separa tua dan yang muda bergetah...

Kadang-kadang tengok orang yang buat lakaran pen (pen sketches) ni macam relaks dan tenang je...rupa2nya memang betullah sebab bila kita buat direct sketched menggunakan pen, kita tidak memerlukan ketelitian yang lebih berbanding lukisan yang lain dan hasilnya tersangatlah awesome... tetapi harus diingatkan ada juga peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasilnya benar2 hebat, main bantai pun kena lah pada tempatnya. Nak tau macamana tanyalah guru lukisan anda...opss bagi yang belum ada guru senilukis, Warna&Air Studio Gallery dan Jomlukis ada jawapannya...


Menggunakan panorama sketchbook







































Monday, 17 November 2014

Pameran Sentuhan Warna&Air, Galeri Seni Aras 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia

Jom ke Pameran dan Jualan Sentuhan Warna&Air. Pameran ni merupakan pameran pertama Warna&Air Studio Gallery (WASG) yang diadakan secara berkumpulan diluar studio utama di Diamond Square, Setapak. Pameran kali ini menampilkan beberapa nama besar cat air tanah air seperti Maamor Jantan, Adzran Omar, Abey Zoul, Jamal Tommy, Hisham Salmin dan ramai lagi. Masuk adalah percuma dan dibukan setiap hari (Sabtu dan Ahad dibuka atas permintaan), semua dijemput hadir.




 Cas sebelum start menggantung





Syikin dan kawan, ntah lupa namanya, hehehe





 Karya saya membawa kelainan dalam pameran kali ni


 Dengan Abam Tembakau


 Karya Saya, Pekan Bangi@Bangi Lama


 Ahli yang hadir diketuai anak King (yang duduk atas kerusi tu >_<) ...


 Hisham tunduk setelah ditegur Abam Jamal, hahaha gurau je...


 Terima kasih Abg Jamal Tommy, Abey Zoul, Meran, Tembakau, King dan anak yang sudi singgah di rumah saya...















Monday, 10 November 2014

Naib Juara Pertandingan Lukisan Spontan, Art Festival of Warisan Kampung Cina, Kuala Terengganu

Alhamdulillah setelah pelbagai dugaan yang datang, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya... Sebaik-baik aturan adalah perancangan Allah Taala. Kemenangan di tempat ke-2 sangat tidak dijangka memandangkan pelukis yang hadir semuanya hebat-hebat belaka dari pelusuk tanah air. Terima kasih kepada Sahabat PeTer yang sangat peramah dan banyak membantu sepanjang berada di Kuala Terengganu. Terima Kasih atas layanan dan pelawaan Abang Din dan Cikgu Saiful untuk bermalam di rumah, In Shaa Allah akan datang mungkin ada kesempatan. Pelukis-pelukis lain dari Peseni, Sifu Mazuki dan kawan2, Senika Abang Munif dan kawan2, dari Melaka Dilah dan Park Loong Yus, KL Abang Boga dan kawan2, Amin Hadarih dan kawan serta ramai lagi.

Barisan pemenang Pertandingan Lukisan Warisan Kampung Cina 2014


In Shaa Allah akan datang jika ada kesempatan jumpa lagi...

 Bergambar dengan wakil penganjur sebelum mula melukis


Tepat jam 5 petang, karya dihantar untuk diadili


 Sifu Mazuki dengan karya hebat beliau...


 Karya Tho Man memukau dan bersama Sifu Mazuki, sementara menunggu keputusan...dapatkan sedikit tips berguna...






Bersama Photographer hebat Terengganu, Budakli




 Juara AFWKC


 Naib Juara


 Tempat Ke-3


 Bersama Cikgu Bo Ga, Abg Munif dan Park Loong Yus...Sambil Abg munif tengah deal dengan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu. 

 Antara pelukis yang hadir


 Pertama kali bersua dengan Sahabat Pelukis Terengganu, PeTer

 Bersama Sifu Mazuki dan Amin Hadarih