Thursday, 30 October 2014

Potret untuk Tuanku sempena Majlis Perasmian Pesta Konvo UKM ke-42

Alhamdulillah Tuanku suka dengan potret yang dilukis. Mohon beribu kemaafan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan UKM khususnya NC, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali kerana saya tidak bersedia mengadap Tuanku, ingat cuma dijemput hadir seperti tetamu yang lain...nasib baik pakai baju batik siap2. 

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal yang telah menjemput saya untuk hadir ke majlis perasmian pesta konvo ini, sangat-sangat terharu dengan layanan YBhg. Prof. yang juga telah memberi cadangan untuk saya menyediakan potret Tuanku ini. Terima kasih juga Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pro-Canselor UKM yang suka dengan hasil potret ni.serta Sekretariat Pesta Konvo yang sudi menempah potret Tuanku ini, layanan kalian tidak akan sesekali dilupakan, In Shaa Allah...

Jujur ini pertama kali saya mengadap istana dan sangat-sangat tidak tahu tentang protokol sebenar dan ianya berlaku secara spontan. Sekretariat juga telah memaklumkan untuk saya ke pentas tetapi saya menolak kerana tidak biasa dengan acara sebegini. hehehe











Potret Tuanku dan logo Pesta Konvokesyen UKM ke-42 sebelum dan selepas dibingkaikan


Pameran Paint & Ink; just add water...

Lukisan yang dipamerkan memang terbaik dan cantik-cantik belaka. Dianjurkan oleh Malaysia Watercolour Society dan BNM Museum and Art Gallery. 1Karya Tuan Faizal Zainal juga turut dipamerkan dan dibuka untuk jualan dengan harga dari RM2,800 sehingga RM29,000... yang belum datang boleh la datang ke galeri BNM, maklumat lanjut boleh rujuk poster di bawah...





 Antara buku yang sempat di beli di kedai cenderamata galeri...


 Tajuk pun dah menarik...


Bersama karya Sifu Faizal Zainal, Iftar di Gaza...




Monday, 27 October 2014

Pertandingan Melukis Spontan 2014 Warisan Kelantan


Masih berkira-kira lagi nak join ke tak sebab tarikh terlalu hampir ditambahkan lagi dengan ada beberapa kerja yang belum settle hujung minggu ni. In Shaa Allah akan cuba yang terbaik untuk join pertandingan ni. Pertandingan akan berlangsung pada 31 Oktober - 2 November 2014, saya yakin rakan-rakan pelukis Kelantan pasti tidak akan lepaskan peluang ni. Pelukis dari negeri lain juga jangan lepaskan peluang ni, untung sabut timbul, hehehe...








Pameran Lukisan: Sentuhan Warna & Air...

Galeri Studio Warna & Air dan gugusannya bakal membuat penampilan umum pertama di Galeri Seni UKM. Lukisan yang akan dipamerkan adalah 100% cat air yang dihasilkan oleh beberapa pelukis WASG dan juga pelukis bersekutu... Pameran akan berlangsung pada 16 November - 15 Disember 2014. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!...





Sunday, 26 October 2014

Art Festival of Warisan Kampung Cina: Pertandingan Melukis Terbuka

Dapat info daripada Sahabat PeTer, Abang Kizz, kepada pelukis yang berminat untuk menyertai boleh isi borang yang dilampirkan. Pertandingan lukisan akan diadakan pada 8 November (Sabtu) bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 9.00 pagi. Masa yang diberikan untuk menyiapkan lukisan adalah 5 jam, lama tu...






Sunday, 19 October 2014

Watercolour: Bunga cinta...

Antara karya yang sangat memberi makna dalam kehidupan. Dihasilkan di atas kertas Saunders Waterford menggunakan Schmincke Watercolour, kombinasi yang menarik juga...


Bunga cinta
Saiz 56 cm x 76 cm
Cat Air

Wednesday, 15 October 2014

Watercolor: Pekan Bangi Lama yang segar dengan sejarahnya...

Lebih kurang 2 minggu tinggalkan kertas lukisan, akhirnya dapat kembali pada asal sebagai pelukis se'bahagian' masa...lukisan alla prima dihasilkan dalam masa satu setengah jam sahaja, mungkin sebab nak dapatkan mood tu >_<


Pekan Bangi atau Bangi Lama
Saiz 31 cm x 41 cm


Tuesday, 14 October 2014

Sokongan YBhg. Dato' Siti Norhaliza kepada Pameran Solo Azmannor 2014...

Terima kasih Dato' Siti atas layanan walaupuan kurang 5 minit untuk mengadakan persembahan terakhir The Magic of ASEAN. Actually semasa Dato' Siti ke Galeri Seni 2 hari lepas saya berada di Terengganu, so tak sempat nak datang. Tapi malam tadi dapat jumpa di bilik persediaan belakang pentas... Terima kasih atas sokongan Dato' Siti untuk pameran ni...


 Buku PSA2014 untuk Dato' Siti...



Yang ni mahal, hehehe

 Bersama Geng PKU yang sporting

 Dato' Siti tandatangan pada Guest Book PSA2014



 Sempat buat interview session di Galeri Seni

 Puan Zaiton bersama Dato' Siti

Monday, 13 October 2014

Sekitar Majlis Perasmian Pameran Solo Azmannor 2014, 9 Oktober lepas...

Bukan mudah untuk berjaya jika tanpa usaha dan tawakkal...Terima kasih kepada YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri pendidikan II yang sudi hadir merasmikan pameran solo ini, sokongan dan kata-kata perangsang YB Dato' Seri tak akan sesekali dilupakan. Terima kasih juga kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM, YBhg. Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN, YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazlin Mokhtar, TNC HEPI, YBhg. Dato' Sharifuddin Dato' Musa, Pengerusi DPMMKL, keluarga dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan. 

Setelah hampir setahun bertungkus-lumus melakukan persiapan dengan bantuan warga PKU akhirnya pameran ini dapat diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Selain sokongan Pusat Kebudayaan Universiti dan Studio Pikir&lukis, terima kasih juga atas sokongan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN), Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA), Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), Galeri Studio Warna & Air (WASG), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Sokongan penajaan dari Renoplex Sdn Bhd, FB20 Resources, ABRA Multitrade, Jim Success Technology Enterprise, Renggas Sembilan Enterprise dan Rannig Enterprise. Terima kasih tidak terhingga !!!...


Menyambut kehadiran YB Menteri

Ucapan alu-aluan

Sokongan yang tidak berbelah bahagi...

YB Dato' Seri teruja dengan lukisan ini, Azman Jr, hehehe

Penerangan dalam nada gemuruh, hehehe

 YB Dato' Seri berminat dengan buku lakaran serta bahan untuk menghasilkan lukisan

 Orang kuat PeRUPA, Pak Aris Aziz dan Tuan Raduan

 Bersama Tuan Zuhaimi, Tuan Nashidi (PeTer) dan Tuan Namri 

 Antara yang dipamerkan

 Ayah ibu, isteri dan anak yang menyokong...





 Ahli keluarga yang datang, sememangnya terharu dengan bantuan yang tidak pernah putus...

 Mungkin ada perasaan gembira disitu...

 Geng SELFUEL yang datang...

 Penerangan YBhg. Dato' Mahadzir kepada tetamu yang datang...





 Terima kasih Dato' Dale

 Wakil Pusat Kebudayaan Universiti yang paling banyak membantu melancarkan lagi majlis ni...

 Bersama YBhg Dato' Sharifuddin, YDP DPMMKL dan Tuan Bisharuzi

 Lawatan sebelum perasmian

Interview daripada Utusan Malaysia

Thursday, 2 October 2014

Cerita lucu...

Dapat call 30 September dari bahagian teknikal Majlis Perasmian PSA2014 minta datang ke Anjung Seni DECTAR untuk hantar banner dan bunting. Dalam hati cakap hantar jela orang mintak kan...sampi di Anjung Seni tengok ruang perasmian dah settle...tengok masing-masing muka risau. Rupanya dorang ingat majlis perasmian 1 Oktober, hehehe. Pape pun staf Pusat Kebudayaan Universiti memang sempoi & terbaik. Mungkin pengalaman kerja sebelum ni membuatkan mereka sentiasa ambil berat semua perkara. Kumpulan yang paling saya respek dalam membuat persediaan majlis yang saya pernah jumpa.

So tengoklah hasil di bawah...


Tinggal pasang bunting dan tindakan kontraktor luar je...








Sori gambar kecik sikit sebab tak sempat nak zoom...