Tuesday, 29 April 2014

Watercolor untuk Projek Kg. Baru, Kuala Lumpur

Watercolor untuk Projek Kg. Baru, Kuala Lumpur


Kumpulan Gengsta Watekala dengan projek terbaru untuk pameran akan datang.


 Ahli yang datang


Abey Zoul dan Maroz telah memiliki coptic sketchbook hand sew by Azmannor



Sori gambar yang diambil tidak secantik dan sehebat rakan-rakan yang lain ditambahkan lagi dengan kamera low battery sewaktu photoshoot dilakukan, nasib baik ada phone dan tab, ada jugak yang boleh dipancing...


Antara gambar yang diambil







Thursday, 24 April 2014

Pertandingan Melukis Alam Sekitar 2014 'FRIM: WARISAN KEBANGSAAN"

Pertandingan Melukis Alam Sekitar 2014 'FRIM: WARISAN KEBANGSAAN"


Saya postkan juga sebab saya yakin masih ramai lagi belum mengetahui tentang pertandingan ni. Jom pakat ramai join pertandingan ni, syarat-syarat penyertaan seperti di bawah, jangan lepaskan peluang...Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (>18 tahun) dan kategori B (13 - 17 tahun). Hadiah lumayan menanti anda!!!



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Tel: 03-6279 7529/7577/7591
Website: www.frim.gov.my

Wednesday, 23 April 2014

Watercolor Study: Teratai di tasik madu

Watercolor Study: Teratai di tasik madu >-<


Bagi peminat cat air siapa yang tak kenal Joseph Zbukvic tak payah scroll down la, hehehe. Joseph Zbukvic memang terkenal dengan kehebatan gaya impressionist terutama berkaitan refleksi. Bukan lah nak jadi sepertinya tetapi sebagai rujukan sahaja...

Teratai di tasik madu
41cm x 16cm


Untuk hasilkan kesan yang lebih realistik...tarian berus seharusnya tiada langsung halangan terutama dalam menghasilkan refleksi yang menarik, jadi untuk mengekalkan rupa objek di atas air saya gunakan masking fluid.


Rupa refleksi yang dihasilkan


Setelah kering, masking fluid ditanggalkan


Masukkan warna pada daun teratai


Siap

Monday, 14 April 2014

Watercolor: Hening desa

Watercolor: Hening desa


Berlatarbelakangkan rumah nenek sedara di salah satu perkampungan di Terengganu. Hanya sebagai rumah singgahan untuk keluarga dan anak-anak yang bertandang dari jauh. Walaupun binaannya sudah agak moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri binaan masyarakat pantai timur dahulu.


Hening desa
Saiz A3












Tuesday, 8 April 2014

Surat Jemputan dah dapat...



Surat Jemputan dah dapat...


Alhamdulillah terima kasih bebanyak Puan Zaiton yang mewakili Pusat Kebudayaan UKM telah membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan pameran solo ini. Walaupun berdasarkan tarikh yang diberikan masih banyak masa boleh digunakan untuk menguruskan event terbesar dalam hidup ini, tapi perlu perancangan yang baik supaya yang hadir tidak merasa kecewa.



Sunday, 6 April 2014

Terapi Seni bersama Gengsta Watakala..


Geng Kelantan ada Saturday Art Fever (SAF), KL-Lembah Klang pun ada SAF jugak, sentiasa ada perancangan untuk berpagi2 untuk mengadakan plein air, group study dan terapi seni. Pertama kali join terapi seni bersama Gengsta Watakala memang banyak perkara dipelajari antaranya kelemahan yang harus diperbaiki, berkongsi idea dan pengalaman, dan mendapat tunjuk ajar dalam memilih peralatan seni yang bersesuaian. Terima Kasih Gengsta Watakala dan WASG!!!




Selepas melakukan serangan ke atas ArtFriend, The Curve


Gambar Aktiviti













Thursday, 3 April 2014

Hasil study dalam Coptic Stitch Sketchbook...


Sketch study ni amat sesuai bagi yang mereka kesuntukan masa untuk melukis, sekurang-kurangnya mampu memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu dapat mempelajari teknik terbaharu serta campuran warna yang sesuai sebelum dicalitkan di atas kertas. Pedulikan kalau ada yang komen buruk hasil dalam sketchbook ni kerana ia merupakan salah satu proses pembelajaran untuk kita, tapi kalau komen membina dan membantu sangat2 dialu-alukan. 

Setakat ni baru ada 2 coptic sketchbook buatan sendiri menggunakan kertas Bockingford (190gsm) dan Syamal (300gsm)


ingat!...inilah saiznya


Antara yang dilukis (versi II)