Monday, 25 November 2013

Congratulation to my wife and my lil prince...


Beribu tahniah kepada mysweetheart coz berjaya grad dengan cemerlangnya walaupun sarat dengan my first baby.  Moga Izz Zaheen jadi sekuat dan setabah ibu...









Wednesday, 20 November 2013

Sudah ada peminat setia...


Sekarang sudah ada peminat setia, petanda mewarisi bakat melukis ayahnya...Insyaallah...

Moga menjadi anak yang soleh dan pewaris seni untuk dunia dan akhirat...





 Tengok lukisan sampai meleleh air liur, minat sangat le tu...


 Terus pasif bila tengok ayahnya melukis...






Monday, 18 November 2013

Izz Zaheen sudah 5 bulan...



Sewaktu post ini dipublish, umur Izz Zaheen sudah mendekati 5 bulan... Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah atas kurniaan zuriat yang sihat wal'afiat dan superactive. 

Semoga hero kami menjadi anak yang soleh, sentiasa mendoakan dan memberi kebaikan kepada kami dan semua orang, amin...

Izz Zaheen 4 months 22 days
Saiz A5







Tuesday, 12 November 2013

My first watercolor painting and....


Yesss...tajuk masih lagi cambest je, ok ada juga kawan2 yang nak sangat tengok lukisan watercolor pertama saya bertarikh 5 Jun 2012. Segan nak tunjuk tapi sebagai kenangan dalam blog ni tunjukkan juga lah kan...itu yang terbaik...

"tiada peningkatan bukan belajar namanya" and hopefully saya ada peningkatan...

 Saiz A3

Untuk menghilangkan tahap keSEGANan yang melampau saya paparkan juga urutan improvement yang telah dilakukan ke atas lukisan saya ni...










Monday, 11 November 2013

A5 saiz yang paling selesa sekiranya ingin menghasilkan karya yang cepat...


Selain sketching, saya lebih selesa menghasilkan lukisan bersaiz kecil. Tidak memerlukan masa yang lama dan sangat sesuai untuk mengasah teknik campuran warna...

Siap di'frame'kan dan digantung di ruang yang disediakan...perfect!!!












Sunday, 10 November 2013

Studying a.k.a Sketching


Tak berapa menarik pun subjek yang dipilih tapi ini antara subjek yang lemah untuk dikuasai, masih gagal bermain dengan warna hijau. 

#cubasampaiberjaya


Daun A5


Thursday, 7 November 2013

DIY Framing


Masa pergi Parkson terjumpa frame murah-murah, apa lagi borong le...senang terus bleh framekan yang mana berkenan...Frame ni lebih berkualiti dari frame buat kat kedai, material dia tak cepat rosak especially bahagian penjuru...



 Step 1: Potong kadbod


 Step 2: Pastikan alignment betul


 Step 3: Bila alignment betul, boleh la lekatkan tape kat belakang


 Step 4: Masukkan ke sarang...


 Step 5: Lekatkan tape


Step 6: Kalau nak gantung boleh pasang benda ni...


 Tambahan je,hehe

 Siap

Tuesday, 5 November 2013

Watercolor: Traffic jam in KL...


Tajuk nak gempak je, hehe...Sebenarnya gambar ni dah tersimpan lama dah koleksi sendiri masa belajar dulu (2007 kalau tak silap, padahal boleh tengok kat gambar je date tu, hehe). Yang specialnya tentang gambar ni ialah pemandangan lampu brek kereta bila diambil dari belakang...macam seni je macam seni je...


Traffic jam in KL
Saiz A4


Gambar2 lain yang sempat selfsnap...

 Lakaran mesti tepat baru nampak hidup



 Berehat sebentar dengan kitkat, hehe

 Part yang ditunggu-tunggu



 Ni je yang mampu



Sunday, 3 November 2013

Watercolor: Mabul...


Ok selepas weekend yang memenatkan, cuba jugak lepaskan gian melukis malam tadi...








 Mabul
Saiz A3



Perasan tak signature tu???tetiba berubah tempat sebab nak masukkan juga ke frame tu, special ckit la kalo sape-sape beli lukisan ni sebab ada 2 signatures >_<