Monday, 31 December 2012


Gambar yang penuh pengertian...

Telah siap dilukis bulan lepas tapi baru sekarang dipaprkan dalam blog ni. 




Thursday, 6 December 2012

4th annual Watermedia Showcase 

watercolor competition




Pertama: Illusion (watercolor on paper, 22½x28) oleh Denny Bond, East Petersburg, Pennsylvania www.dennybond.com


Kedua: Floukas In Essaouira (watercolor on paper, 21×16) oleh Mark McDermott, Anchorage, Alaska


 Ketiga: Tropics #1 (acrylic and conté on canvas, 36×48) oleh Patton Hunter, St. Petersburg, Florida



Keempat: Boutique—Venice (watercolor on paper, 30×42) oleh William McAllister, Braddock, Pennsylvania



Wednesday, 28 November 2012


 Keahlian Seumur Hidup...

Alhamdulillah akhirnya permohonan keahlian Balai Seni Lukis Negara telah diterima...



Sunday, 25 November 2012

Cari punya cari...

Selalu je dengar orang cakap kat Area Taman Melawati ni banyak tempat yang jual alat lukisan pelbagai jenama. Tapi minggu ni berjaya juga sampai, kalau berdasarkan jarak dari Bangi tak la jauh lebih kurang 30 minit je. Senang sangat nak cari tempat ni, dari Seri Kembangan (MRR2) bila dah jumpa Zoo Negara sebelah kanan depan sikit jumpa susur keluar ke Taman Melawati, kat situ tanya la sesapa kat mana Institut Senilukis... area situ banyak kedai yang jual barang lukisan tapi saya prefer The Art Shop (Weststar) sebab harganya lebih murah.

Kedai senilukis kawasan ni juga menawarkan harga tertentu kepada pemegang kad keahlian, jadi kena la buat kad dulu baru dapat harga yang murah bagi item tertentu, tak mahal pun cuma RM10 setahun...



The Art Shop

Tuesday, 20 November 2012

Lukisan Sebuah Masjid...

Agaknya tutorial sebelum ni membantu tak?? mungkin tak banyak membantu berbanding kalau gunakan video, tapi tau la kalau pakai video banyak pula kerja yang nak dibuat takut tak fokus melukis pula...

Saya kongsikan tutorial lukisan masjid ni sebab ianya istimewa untuk Kerabat yang Istimewa...









 Dah siap...


Mesti ada....

Thursday, 15 November 2012

2 malam berturut-turut...akhirnya

Setelah 2 malam bertungkus lumus, akhirnya siap jugak lukisan ni. Nak buat waktu siang kerja so terpaksa la mengorbankan waktu tidur...

 Sebelum dibingkaikan

Selepas dibingkaikan

Tuesday, 13 November 2012

Wajah isteri saya 27 tahun yang lepas...







Perkara yang wajib ada pada setiap lukisan

Sunday, 11 November 2012


Pelombong...

Waktu kelapangan sementara menunggu order kertas lukisan dari pembekal, belek la gambar-gambar untuk dilukis. Tengok gambar pelombong ni menarik pulak nak lukis sebab sebelum ni dah pernah bermain dengan warna hitam.




Thursday, 8 November 2012

Adakah saya perlu berkata YA@TIDAK???...

Semalam setelah saya hantar lukisan kepada pelanggan, seorang pemilik galeri seni mempelawa saya untuk menggunakan hari Ahad (cuti umum) saya dengan melukis di galeri miliknya terletak di Seri Putra. Saya fikir jika saya terima pelawaan tu, ia sedikit pun tidak menganggu rutin cuti ahad saya kerana memang hujung minggu saya dihabiskan dengan melukis cuma tempat sahaja berubah. 

Katanya saya boleh mempromosikan hasil lukisan saya dan dalam masa yang sama boleh mempromosikan galerinya. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya memandangkan galeri tersebut terletak tidak jauh dari rumah saya.

Mungkin ini satu lagi langkah saya untuk mengembangkan hasil seni saya...

Wednesday, 7 November 2012

Seseorang telah berkongsi sesuatu...

Seseorang telah berkongsi sesuatu ilmu... 

Seseorang telah bermurah hati untuk berkongsi ilmu dengan saya semasa saya hantar lukisan untuk dibingkaikan.

http://www.youtube.com/watch?v=wbDawbOO8XY

Lampu Spirit!!!...Saje conteng-conteng...

Tak pasti apa nama sebenar lampu ni, ada yang panggil lampu minyak, lampu gasolin dan yang paling menarik ada sesetengah orang dulu-dulu panggil LAMPU SPIRIT

Tapi masa kecil dulu saya memang sempat tengok orang gunakan lampu ni, memang klasik...pape pun nila lukisan saya yang paling santai dan paling cepat untuk disiapkan, 15 minit je!



Sunday, 30 September 2012

Hanya sebatang pensil...

Kalau dah minat dan tak ada keje lain nak buat, sebatang pensil pun boleh diolah menjadi hasil seni... Cuba anda pegang sebatang pensil dan pisau, lakukan seperti mereka ni, agak-agak boleh buat tak? mengigil jari...










 Obama pun ada gak...



Ref: http://tinyhaus.blogspot.com/2012/08/tiny-things-in-milan.html

Hujung minggu dengan lukisan tema hitam putih...


Gambar dari internet ni memang menarik, untuk dihasilkan dalam bentuk lukisan tidaklah terlalu susah tetapi memerlukan ketelitian yang tinggi serta perlu banyak bersabar kerana perlu juga bermain dengan warna yang pudar dan gelap...bagi yang tak mahu ambil risiko, boleh je guna warna kelabu tapi kurang menarik la...







Watikah @ Penganugerahan???

Kebanyakan gambar yang ditempah customer telah mendapat keizinan untuk diuploadkan dalam blog ni. Sekiranya tidak mendapat keizinan, gambar tidak akan diupload kecuali gambar bahagian yang tidak menampakkan identiti mereka...






Nota: Terima kasih kepada Idris Zulkifli atas tempahan...

Wednesday, 26 September 2012

Honda C70 Klasik...


Sebelum ni pernah share lukisan C70 tapi gambar separuh je, nahhh sekarang gambar penuh untuk penilaian dan tatapan rakan-rakan.







Monday, 24 September 2012

Masjid Kristal...


Masjid merupakan objek yang agak tipikal untuk dicetuskan sebagai hasil lukisan, mungkin yang pertama kali mencuba seperti saya agak keberatan untuk menyiapkan lukisan ini, faktor utamanya adalah part yang kecil perlu lebih teliti supaya tidak berlaku kesilapan. Tapi bila dan siap, saya rasa sangat berpuas hati...

Lukisan ini saya dedikasikan kepada rakan-rakan sekerja saya yang pertama kali ke Terengganu...

 30% progress

 50% progress

 70% progress

 80% progress

Siap