Wednesday, 21 November 2018

Alhamdulillah, terpilih antara pemenang 1st Malaysia International Watercolor Biennale 1MIWB

21 November merupakan detik yang paling menggembirakan, selepas mendapat perkhabaran dari IWS Malaysia melalui Mr. Jansen Chow. Saya dan beberapa orang rakan artis terpilih antara 36 orang pemenang yang disenarai pendek. Pemenang mengikut kategori akan di ketahui pada program yang akan berlangsung pada 20 Disember 2018 bersama-sama dengan majlis perasmian pameran IWS yang disertai oleh peserta dari 66 negara melibatkan 645 lukisan.

Ini merupakan kali kedua saya menyertai program anjuran IWS, pertama kali ialah UAE International Watercolor Festival 2017


 Lukisan saya yang menyertai 1MIWB, Title: Old is Gold

Barisan juri

Pemenang peringkat antarabangsa


Pemenang peringkat kebangsaan



Monday, 19 November 2018

Saya perlu kembali menulis...

Hampir setahun meninggalkan penulisan di blog, rasanya saya perlu kembali menulis supaya perkongsian tentang cat air (watercolour) tidak terkubur.


Monday, 11 December 2017

Lama mengidam nak ada Mat Cutter sendiri

Setiap kali lukisan watercolor siap benda yang paling penting untuk menaikkan lagi seri lukisan adalah mounting board. MB bertindak sebagai bingkai awal untuk mendapatkan fokus sebenar lukisan yang dilukis. 

So saya berpendapat mat cutter ni sangat membantu memandangkan harga mounting board yang agak tinggi dipasaran.


 Pergi ke ArtFriend Pavillion semata-mata nak beli benda ni sambil bawak anak-anak naik MRT

 Memudah dan mempercepatkan kerja


Plein Air sempena Festival Warisan Kajang

Hampir 2 minggu lepas Gangsta Watakala menerima jemputan dari Cikgu Lee (Kim Sin Lee), Pengarah Pusat Warisan Kajang untuk mengadakan aktiviti plein air di Jalan Mendaling, Kajang sempena Festival Warisan Kajang. Alang-alang dekat sangat dengan rumah, saya terus menyatakan persetujuan lagipun dah 4 kali plein air di kajang tapi tetap tak puas.

Pada hari festival berlangsung, hanya saya dan Hisham Salmin yang dapat join mewakili GW dan Yed (Ahmad Farid) ke Prescott Kajang untuk menghadiri Seminar Sejarah dan Warisan Kajang salah satu aktiviti yang berlangsung sempena festival ni. Selain GW, plein turuk dihadiri kumpulan KL Sketchers yang diketuai oleh Mr. Cheng Peng Sia. Sifu Chin Kon Yit juga hadir memeriahkan suasana bersama-sama Yeng Pen Sim, Venoo Muniandi, Artify Goh, Haniza Harun dan ramai lagi.

 Bersama Sifu Chin Kon Yit dan Mr. Venoo

 Bersama Artify Goh, Sifu Chin Kon Yit, Yeng Pen Sim dan Hisham Salmin

 Terjual di lokasi kepada Mr. Loh

 Jalan Mendaling

Hasil plein air



Demo Watercolor di Kuala Lumpur Orchid & Bonsai Show 2017, Taman Pudu Ulu, Cheras


Hujung minggu dengan jadual yang agak padat dengan aktiviti lukisan. Bermula dengan hari sabtu yang lepas saya dijemput bersama-sama rakan Gangsta Watakala untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman mengenai cat air kepada peserta yang hadir ke KLOBS 2017. 

Aktiviti bermula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan BOSS Perupa (Persatuan Seni Rupa Malaysia). Seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan plein air yang telah diadakan pada 2 Disember yang lepas. Pemenang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Dewasa, Menengah dan Rendah. Tahniah kepada pemenang pertama kategori dewasa dimenangi oleh Sahabat saya Encik Ooi Eng Wah, kategori menengah dimenangi oleh adik Amir Zhariff Firdaus bin Rahman dan peringkat rendah dimenangi oleh adik Choong Bee Yee.

Aktiviti diteruskan dengan perkongsian pengalaman oleh Abey Zoul, Sidi AR, Hisham Salmin dan saya sendiri. Penerangan mengenai peralatan yang digunakan dalam cat air oleh Wan Borhanuddin, dan diakhiri dengan demo cat air oleh saya sendiri.

 Perkongsian pengalaman oleh Gangsta Watakala

Saya melakukan demo cat air dan penerangan oleh Hisham Salmin mengenai subjek, penggunaan warna dan teknik yang digunakan.

Hasil demo

Kategori dewasa: Ooi Eng Wah

Kategori Menengah: Amir Zhariff Firdaus Rahman

 Kategori Rendah: Choong Bee Yee





Monday, 4 December 2017

Vespa

Patina is gold (Vespa)
Watercolor
56cm x 76cm

Saya mula berminat untuk menghasilkan lukisan sebegini sejak tahun 2016, selain memberi kepuasan terhadap subjek yang dihasilkan lukisan ini memberi makna tersendiri kepada pemilik motosikal. Bagi mereka penghayatan yang lebih terhadap lukisan yang dihasilkan dengan karat (patina), mungkin kerana sesuai dengan lumrah kehidupan manusia ada yang baharu dan ada yang lama, dan sememangnya yang lama dianggap emas dan disanjung.