azmannor

Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin




pikirdanlukis at 15:46 No comments:
Share

Monday, 21 July 2014

Sampul duit raya dari pikir&lukis

Saat menanti 1 Syawal, terasa nak postkan sampul duit raya yang dah siap. Sori design tidak menggambarkan kemeriahan Syawal sebab kejar date untuk print, kalau lambat memang dorang tak boleh proceed untuk tahun ni sebab order terlalu banyak. Untuk makluman design ni saya buat sendiri sebab kalau minta dorang buatkan alamatnya sama je design dengan tempahan orang lain, cuma beza pada nama dan profile...rugi la baik beli kat pasaran...













pikirdanlukis at 15:36 No comments:
Share

Sunday, 20 July 2014

Koleksi Landscape of Malaysia 1997 dan Images of Malaysia Sao Paulo: 2001. TERIMA KASIH Tn. FAIZAL ZAINAL!!!

Bila berbalas sms dengan Tn. Faizal Zainal, katanya dia nak bagi buku lukisan pada saya. Langsung tak terfikir buku tentang WC dan MWO di zaman kegemilangan suatu masa dulu. Memang terbaik buku ni kerana kandungannya menceritakan kehebatan pelukis cat air waktu dulu dan sehingga sekarang saya masih mengenali beberapa orang yang masih aktif seperti Chin Kon Yit, Syafie Hassan, Abd. Ghani, Chan Fee Ming, Chow Chin Chuan dan Dr. Wong Seng-Tong serta Al-fatihah juga kepada Allahyarham Tuan Haji Mansor Haji Ghazalli. 

Karya mereka sangat dekat dengan budaya dan masyarakat membuatkan saya terfikir walaupun mereka kebanyakannya berbangsa Tiong Hua tetapi mereka mampu menghasilkan karya yang dekat dengan budaya lain terutamanya Melayu, kenapa tidak kita???

Terima kasih Tn. Faizal Zainal, dahla dapat buku pastu bagi kertas lukisan free lagi... >_<


Sori bulan puasa berat badan turun 6kg,tu nampak kurus giler, hehehe...


Landscape of Malaysia 1997 dan Images of Malaysia Sao Paulo: 2001


Karya Allahyarham Haji Mansor Haji Ghazalli


Antara karya Tuan Khalil Ibrahim
pikirdanlukis at 15:59 No comments:
Share

Thursday, 17 July 2014


pikirdanlukis at 15:40 No comments:
Share

Tuesday, 15 July 2014

Azmannor Selected Watercolor Paintings 2012-2014

Walaupun sekadar mock-up untuk pameran solo akan datang dan mungkin design akan diubah bagi menepati tema, 2 salinan ini hanya boleh didapati distudio saya dan studio Jomlukis! milik Tuan Faizal Zainal (bukan untuk tujuan jualan)

93 cat air terpilih sepanjang tahun 2012-2014




pikirdanlukis at 16:25 1 comment:
Share

Sunday, 13 July 2014

Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang, 2014 Penang Art Open


Boleh download syarat dan borang penyertaan disini:

http://www.penangmuseum.gov.my/artgallery/art-gallery/blog/pertandingan-seni-lukis-terbuka-pulau-pinang-2014-2014-penang-art-open




pikirdanlukis at 16:44 No comments:
Share

Tuesday, 8 July 2014

Joe Dowden's Complete Guide to Painting Water in Watercolour: kena review balik ni...

Joe Dowden merupakan nama yang cukup terkenal dikalangan peminat cat air kerana gaya penyampaiannya yang sangat berbeza dan bersahaja. Subjek yang amat terkesan dikalangan peminat buku beliau ialah refleksi air yang sangat menarik dan nampak hidup.

Untuk mengkaji lebih mendalam apa kaedah yang dilakukan Dowden, saya telah mendapatkan buku beliau yang bertajuk 'Joe Dowden's Complete Guide to Painting Water in Watercolour'. Walaupun tidaklah terlalu teliti penyampaian dalam buku ni, tapi masih mampu merungkai persoalan kaedah yang digunakan.

Cukup simple, bersaiz A4 dan hardcover sememangnya mudah untuk dibawa kemana-mana >_<

Joe Dowden's Complete Guide to Painting Water in Watercolour




Penyampaian yang ringkas
pikirdanlukis at 15:48 No comments:
Share

Monday, 7 July 2014

Buku Open Show 2014, saja nak share apa yang berlangsung di BSVN sekarang

Pameran terbuka ini pertama kali diadakan selepas tahun 2005 merupakan pameran yang amat dinanti-nantikan oleh pelukis dan pengkarya tanahair kerana ianya menjadi platform pengkarya seluruh negara untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang.

114 karya daripada pelukis pelbagai medium dalam satu buku memberikan pengalaman yang mengujakan kerana karya saya bertajuk Basikal Tuan II juga terpilih untuk dipamerkan bersama karya pelukis yang hebat dari seluruh negara ini. Karya bersaiz 92.8cm x 72.4cm ini merupakan satu daripada siri basikal tua yang saya hasilkan sejak tahun 2012. Menampilkan karat dan lumut sebagai tarikan utama karya ini...





Basikal Tua II



pikirdanlukis at 15:37 No comments:
Share

Sunday, 6 July 2014

Panorama Pahang Art, Pameran dan jualan lukisan sempena Ramadhan Al-Mubarak, 18 - 20 Julai 2014


pikirdanlukis at 22:05 No comments:
Share

Watercolor: Bot Nelayan Kg. Nail, Kuala Besut

Lukisan ni sebenarnya dah lama siap tapi dalam fikiran masih memikirkan sama ada dah siap atau belum lagi. Gaya penyampaiannya yang terlalu ringkas menyebabkan fikiran terganggu, hehehe









pikirdanlukis at 15:58 No comments:
Share

Wednesday, 2 July 2014

Peluang kepada pengkarya seni, amatur, semi pro atau pro untuk pamerkan hasil karya anda di Galleria Impiana.com



Ok saja nak hebohkan pada kawan-kawan yang berminat dan tengah mencari medium untuk menjual karya seni seperti lukisan dan arca. Grup Majalah Impiana dari Kumpulan Karang Kraf telah mewujudkan medium ini untuk memudahkan pengkarya seni memasarkan hasil seni mereka secara percuma selama 3 bulan di tapak galeri di Galleria Impiana.com.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke page http://impiana.karangkraf.com/buletin/galleria-impiana-com-medium-untuk-pengkarya-seni-1.277037#.U6d60dzFJc0.facebook atau hubungi Puan Emma Masri di talian 019-632 8758 (emma.masri@karangkraf.com) atau Aisyah 014-200 1029, Mimi 013-342 4457.



pikirdanlukis at 16:09 No comments:
Share

Tuesday, 1 July 2014

Watercolor: Bangunan terbiar, Jeti Kuala Besut

Sketch ringkas amik masa 1jam setengah...









pikirdanlukis at 15:40 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
pikirdanlukis
View my complete profile
Powered by Blogger.